web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Beluran Ragut Korban Pertama, 1 Masih Hilang

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2022 5:35PM

Keadaan banjir di Beluran.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BELURAN - Dua lelaki dilaporkan hilang lokasi berasingan susulan banjir sejak dua hari lepas.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kasim Muda berkata mangsa yang hilang dikenal pasti sebagai Rajis Nawang, 28, manakala seorang lagi hanya dikenali sebagai Kaerul, 26 tahun.

Menurut beliau, Kasim berkata Rajis yang merupakan seorang nelayan dilaporkan hilang selepas turun memasang pukat di Kuala Penubukan Paitan pada 31 Disember lalu.

“Kaerul hilang pada hari yang sama di Kampung Kinadaan (Kampung Matanggal).

Mangsa yang bekerja sebagai buruh ladang dipercayai dihanyutkan air deras apabila cuba menyeberangi jalan kampung berkenaan yang telah dinaiki air.

“Kejadian berkenaan disedari oleh majikannya yang kemudian membuat laporan polis,” katanya.

Menurut Kasim, operasi mencari dan menyelamat telah dilancarkan sejak 31 Disember lalu dengan melibatkan kerjasama Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

Katanya, mayat Rajis ditemui semalam sekitar jam 12.30 tengah hari di sebuah pokok bakau, lebih kurang 1.5 kilometer dari tempat kejadian.

“Mangsa kedua masih belum ditemui dan operasi masih diteruskan di sekitar Kampung Kinadaan (Kampung Matanggal),” katanya.

Keadaan jalan yang ditengelami air.
Keadaan jalan yang ditengelami air.

Sementara itu, lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka bagi menempatkan 101 mangsa banjir di daerah ini.

Setakat jam 10 malam semalam, 13 mangsa di tempatkan di PPS SMK Panol, 25 di Dewan Kampung Binsulung, 37 di Dewan Kampung Balaban, 21 di Dewan Rancangan Nangoh dan lima lagi di Dewan Bakong-Bakong.

Hujan berterusan di daerah ini telah menyebabkan paras air di sebelas sungai meningkat iaitu di Tagas-Tagas, Paitan dan Telupid.

Susulan daripada itu, tujuh jalan utama dan kampung telah dinaiki air manakala 19 buah perkampungan disahkan terputus hubungan.

Kasim memberitahu, 60 anggota keselamatan telah ditugaskan untuk mengawal selia keadaan semasa.

“Semua penduduk diingatkan agar sentiasa berwaspada dan menyimpan semua dokumen penting dengan cermat,” katanya. - Getaran, 2 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar