Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 4 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Varian Omicron Cetus Kebimbangan, Pelaksanaan PKP Dapat Sokongan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2022 12:00PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketika seluruh dunia menarik nafas lega apabila varian Delta COVID-19 sudah mula menunjukkan penurunan, timbul pula varian baharu iaitu Omicron yang mencetuskan kebimbangan ramai.

Omicron yang dikesan oleh saintis di Afrika Selatan pada 24 November lalu, telah mengejutkan dunia apabila dilaporkan mempunyai 26 hingga 32 mutasi, malah berpotensi menyebabkan kadar jangkitan dengan lebih pantas, selain mudah merebak.

Tinjauan Getaran di beberapa lokasi di sekitar Lembah Klang mendapati, majoriti penduduk melahirkan kerisauan mengenai varian Omicron yang turut dikenali sebagai varian B.1.1.529.

Pelbagai persoalan timbul, antaranya sejauh mana jangkitan varian baharu itu berpotensi merencatkan proses pemulihan sosioekonomi yang sedang berjalan?

Seorang peniaga Abdul Samad Mohd Narus, 47, melahirkan perasaan risau dengan kemunculan varian tersebut dan berharap agar kerajaan kembali melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), supaya Malaysia kembali bebas daripada wabak yang berasal dari Wuhan, China itu.

Abdul Samad Mohd Narus
Abdul Samad Mohd Narus

“Sebagai peniaga, saya berjumpa dengan pelbagai jenis ragam manusia. Jadi dari situ saya sendiri lihat, masih ramai lagi yang tidak mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

“Contoh paling senang saya lihat ialah, ramai yang tidak mengimbas kod QR MySejahtera sebelum membeli buah-buahan di kedai kami.

“Jadi saya sangat setuju jika kerajaan mahu laksanakan semula sekatan supaya wabak COVID-19 terus dapat dihapuskan, cuma kami minta agar kerajaan dapat memberi bantuan sewajarnya, bagi membolehkan rakyat meneruskan kehidupan serta dalam masa sama, mencari penyelesaian  membendung wabak COVID-19, terutama yang melibatkan varian Omicron,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Sementara itu, pekerja swasta, Farid Zulamir Zulkifli, 36 pula mempunyai pendapat berbeza, dan menggesa agar kerajaan tidak menutup semua sektor ekonomi kerana bimbang rakyat akan berhadapan dengan masalah kewangan.

“Risau memang ada, tetapi waktu sekarang ini, jalan yang terbaik adalah menjaga SOP kerana ekonomi masih tidak menentu, rakyat masih susah. Jadi langkah yang terbaik ialah menjaga diri dan keluarga sendiri sahaja.

“Namun, dalam konteks Omicron, kerajaan perlu membuat keputusan segera bagi mengekang ia daripada merebak dalam komuniti.

“Langkah mengumumkan penangguhan fasa endemik sehingga kerajaan mengetahui lebih lanjut mengenai varian baharu ini, cukup tepat,” katanya.

Farid Zulamir Zulkifli
Farid Zulamir Zulkifli

Sementara itu, seorang warga emas, Ibrahim Mat, 83, melahirkan rasa kecewa apabila ada ibu bapa yang bersikap pentingkan diri sendiri dengan membawa anak kecil, tanpa mengikut SOP seperti menggunakan pelitup muka serta menjaga jarak antara satu sama lain.

“Saya sebagai orang tua, sangat terkilan apabila ada ibu bapa yang datang ke pasar raya dengan membawa anak mereka seawal usia lima bulan.

“Bayangkan bayi kecil yang tidak mengetahui apa-apa, dibawa ke hulu ke hilir tanpa mengetahui bahayanya wabak COVID-19 ini.

“Kita tahu sekarang musim cuti sekolah, tetapi ibu bapa buatlah keputusan yang terbaik untuk anak-anak.

“Dalam keadaan negara berdepan ancaman varian Omicron dan Delta ini, adalah lebih baik jika anak-anak duduk di rumah sahaja, kerana kita tidak tahu sama ada individu yang kita jumpa bebas daripada wabak COVID-19 ataupun tidak,” tegasnya.

Ibrahim Mat
Ibrahim Mat

Terdahulu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata Malaysia melaporkan kes Omicron pertama pada 2 Disember tahun lalu, melibatkan seorang pelajar berusia 19 tahun yang kembali ke negara ini selepas pulang ke kampung halamannya di Afrika Selatan.

Jelas Khairy, ada petunjuk bahawa Omicron sangat mudah berjangkit berbanding Delta.

Begitu pun katanya, tahap virulensi varian Omicron yang berasal dari Afrika Selatan itu belum diketahui.

Di Afrika Selatan, jangkitan melonjak empat kali ganda, dari 4,373 kes pada 30 November kepada 16,055 pada 3 Disember.

Hanya sekitar 24 peratus daripada populasi di negara berkenaan telah melengkapkan dos vaksinasi masing-masing setakat ini, sebahagian besar terdiri daripada individu berusia 50 tahun ke atas.

Pakar kesihatan turut melahirkan kebimbangan kerana Omicron mempunyai lebih 50 mutasi dengan 30 daripadanya melibatkan ‘spike protein’ atau protein pepaku virus SARS-CoV2 berbanding Delta sekitar lapan mutasi sahaja. - Getaran, 2 Januari 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

COVID -19: Kes Aktif Varian Omicron Bergejala Ringan - Pakar Perubatan

2

Video & Galeri 7 bulan yang lalu

'Mana Nak Lari', Suspek Curi Motosikal Akhirnya Diberkas 

3

Semasa 1 tahun yang lalu

KKM Galak Pakai Pelitup Muka, Tiada SOP Baharu Dikeluarkan - Dr Zaliha

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Varian Arcturus Menular Di AS, Boleh Sebabkan Gejala Luar Biasa

Sorotan

1

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

2

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

3

Bakal Jemaah Terkandas, Kerajaan Dan TH Cari Penyelesaian Terbaik

4

Arab Saudi Nasihat Umat Islam Tidak Terpedaya Iklan Haji Palsu Di Media Sosial

5

Terengganu Langkah Kanan, Syafiq Ahmad Jaring Gol Terpantas Di Selayang

6

25 Tahun PKR: Hayati Perjuangan, Jangan Alpa Kuasa Dimiliki - Anwar

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Arah Tanam 100 Pokok Gantikan Pokok Terpaksa Ditebang

Semasa 1 hari yang lalu

Siapa Yang Masak Di Stesen Minyak Hari Tu? Polis Tengah Cari!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

Semasa 21 jam yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Ucap Selamat Hari Guru Kepada Warga Pendidik