web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bot Kecil Selamatkan Penghuni Rumah Agama Di Segamat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Jan 2022 8:36AM

Tinjauan Bernama di Rumah Berhala Fook Poon Thong, Kampung Lubok Batu, Segamat. - Tangkap layar dari video Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEGAMAT - Beberapa bot kecil dipercayai milik penduduk di Kampung Lubok Batu, dekat sini menjadi penyelamat, apabila paras air Sungai Segamat tiba-tiba naik mendadak semalam.

Pada kejadian 5 petang tadi, kira-kira 10 orang yang ketika itu berada di Rumah Berhala Fook Poon Thong di kampung itu terperangkap, apabila rumah berhala yang terletak bersebelahan sungai itu, dinaiki air sehingga ke paras pinggang.

Salah seorang penduduk M Chandran berkata paras air yang naik secara tiba-tiba menyukarkan mereka yang berada di dalam rumah agama itu, untuk keluar.

“Penduduk di sekitar kampung ini terpaksa menggunakan beberapa bot kecil dan sampan, untuk mengeluarkan mereka yang terperangkap.

“Tidak sangka air naik terlalu pantas, jika hujan tidak berhenti mungkin air akan naik sehingga ke tingkat satu bangunan rumah agama ini.

“Empat tahun lepas pernah banjir tapi keadaan tidak pernah seteruk ini,” kata mekanik itu ketika ditemui.

Chandran merupakan antara penduduk kampung yang membantu mengeluarkan penduduk terperangkap, memandangkan bengkel tempatnya bekerja terletak bersebelahan dengan rumah berhala berkenaan.

Sementara itu, tinjauan di sekitar Kampung Seberang Batu Badak di sini mendapati, selain kediaman penduduk ditenggelami air hingga paras pinggang, jalan-jalan utama untuk masuk ke perkampungan itu turut ditenggelami air.

Setakat ini, sebanyak 20 pusat pemindahan sementara dibuka di daerah ini menempatkan 1,136 mangsa daripada 290 keluarga, yang tinggal di 14 kampung dan tiga taman perumahan, terjejas banjir.

Sungai Segamat di Bandar Segamat kini melepasi paras bahaya dengan paras air pada 9.82 meter. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Kemalangan Maut 3 Sekeluarga: Pemandu Treler Positif Dadah Hadap 3 Tuduhan Membunuh

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 16 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar