web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JKNPP Siasat Kes Wanita Bersalin Dalam Kereta

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 01 Jan 2022 8:52AM

Gambar hiasan - Gambar dari Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) menjalankan siasatan dalaman berhubung kejadian seorang wanita terpaksa melahirkan bayinya dalam sebuah kereta gara-gara tidak sempat tiba di hospital di negeri itu pada 27 Disember lepas.

Pengarah Kesihatan Pulau Pinang Dr Ma'arof Sudin berkata siasatan itu akan dibuat segera bagi menambah baik penyampaian perkhidmatan kesihatan dan perubatan kepada semua lapisan masyarakat.

"JKNPP ingin merujuk kepada kenyataan yang tular di dalam media sosial Facebook berkenaan bayi dilahirkan di dalam kereta selepas pesakit mendapat rawatan awal di Hospital Seberang Jaya (HSJ) pada 27 Disember lepas.

"Untuk makluman, pihak HSJ telah mengesahkan bahawa pesakit mendapatkan rawatan di hospital itu dan pemeriksaan mendapati wanita tersebut mempunyai tanda-tanda kelahiran peringkat awal, beliau dibenarkan pulang dengan nasihat doktor," katanya dalam kenyataan semalam.

Katanya pihak JKNPP telah mengadakan perjumpaan dengan waris wanita itu, semalam bagi mendapatkan maklumat lanjut dan memutuskan untuk satu siasatan dalaman dijalankan.

Dr Ma'arof berkata beliau meminta orang awam atau pesakit yang mempunyai sebarang pertanyaan, aduan atau cadangan agar berhubung terus dengan dengan pihak hospital berkenaan agar siasatan atau penambahbaikan dapat dilaksanakan dengan segera.

Tular di media sosial berhubung seorang  wanita yang pada mulanya pergi ke sebuah hospital kerajaan kerana sudah menunjukkan tanda-tanda mahu bersalin, bagaimanapun dia mendakwa diminta pulang ke rumah terlebih dahulu kerana diberitahu masih belum tiba masa untuk melahirkan bayi kerana bukaan menunjukkan dua sentimeter.

Wanita itu kemudian merayu kepada pihak hospital untuk membenarkannya dimasukkan ke wad memandangkan dia tinggal di Sungai Ara, Bayan Lepas yang agak jauh dari hospital namun rayuannya tidak diendahkan.

Tidak lama selepas tiba di rumah, wanita itu memberitahu suaminya dia perlu dikejarkan ke hospital semula kira-kira jam 7 malam kerana 'turun darah', namun tempoh perjalanan ke dua buah hospital kerajaan adalah antara 50 minit (Hospital Pulau Pinang)  manakala 1 jam dan 20 minit (HSJ) pada ketika itu, berikutan trafik pada waktu puncak.

Wanita itu akhirnya melahirkan bayi di dalam kereta sewaktu dalam perjalanan ke hospital, sebelum suaminya membawanya ke sebuah hospital swasta terdekat dan lelaki tersebut meluahkan rasa kecewa kerana terpaksa membayar bil hospital ‘tidak dijangka’ dan menyalahkan pihak hospital pertama kerana meminta isterinya pulang ke rumah, sebelum itu. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 13 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 15 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad