web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


RM6 Juta Dibelanjakan Urus Sampah Pasca Banjir - MB Selangor

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2021 3:59PM

RM6 juta dibelanjakan untuk menguruskan sampah pasca banjir di Selangor, setakat ini. - Gambar Azim Abd Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Sebanyak RM6 juta telah dibelanjakan oleh kerajaan negeri Selangor bagi mengurus sampah pasca banjir setakat ini, kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Beliau berkata Selangor memerlukan RM10 hingga RM20 juta untuk menyelesaikan proses pembersihan dan pungutan sampah berkenaan.

Kerajaan negeri Selangor sebelum ini mengumumkan peruntukan RM100 juta untuk Ikhtiar Selangor Bangkit meliputi RM20 juta bagi pembersihan dan pemulihan manakala RM80 juta untuk pembinaan semula infrastruktur.

“Kita sedang giat dengan kerja pembersihan dan di Hulu Langat khususnya kawasan Taman Sri Nanding, proses kutipan dan pembersihan dijalankan dengan skala sangat besar, meliputi lebih 70 peratus.

“Sekarang kita kena tumpu di kawasan Taman Sri Muda dan sekitar yang masih rendah (perkembangannya)… hari ini kita dah tambah 200 buah lori yang kita sudah aturkan untuk kawasan itu. Jadi saya harap kita boleh selesaikan dalam masa seminggu,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Serahan Tabung Ikhtiar Selangor Bangkit di sini hari ini.

Sementara itu, kerja-kerja pembersihan di Bukit Changgang dan Kampung Labohan Dagang di Banting serta Kampung Asahan, Kuala Selangor baru dimulakan susulan banjir yang baharu sahaja surut sejak semalam ke tiga hari lepas.

Setakat ini, lebih 20,000 tan sampah pascabanjir diuruskan oleh kerajaan negeri selain 7,000 tan sampah domestik harian melalui anak syarikat negeri, KDEB Waste Management. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 15 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 8 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad