Berita Terkini

9 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Zainul Arifin Dilantik CEO PETRA News

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2021 4:37PM

Zainul Arifin Mohammed Isa - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PETRA News, yang mengendalikan laman berita The Vibes dan Getaran, telah melantik wartawan veteran, Datuk Zainul Arifin Mohammed Isa sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) berkuat kuasa tahun baharu.

Zainul, 59, yang mempunyai pengalaman selama 35 tahun dalam industri media, menyertai PETRA News pada April sebagai pengarah eksekutif operasi.

Pelantikannya diumumkan Pengerusi dan Ketua Eksekutif PETRA Group, Datuk (Dr) Vinod Sekhar pada 23 Disember lalu.

Dalam pengumuman itu, Vinod berkata: ''Pengalaman, kegigihan dan integriti Datuk Zainul akan memastikan PETRA News, dan portal-portalnya, akan terus berkembang, juga menjadi mampan.

''Dengan kepimpinan trio Zainul, Terence Fernandez (ketua pengarang), dan Datuk Ahirudin (Rocky) Attan (pengarah eksekutif), PETRA News akan terus kukuh, berpengaruh dan dipercayai pada 2022,” kata Vinod.

''Media dan wartawan sangat penting untuk pembinaan negara. PETRA News akan memainkan peranan dalam menyokong dan memastikan mereka yang berkuasa dan bercita-cita dapat dikawal.''

Dalam ucapan terima kasih kepada Vinod dan rakan sekerjanya, Zainul berkata, pelantikan itu menawarkan peluang menarik dalam industri, terutama perubahan dalam lanskap media, serta perubahan dalam corak dan tabiat penggunaan berita.

'Ketika saya bermula dulu, masih terdapat beberapa mesin taip di bilik berita, dan kini media sosial, yang merupakan fenomena baharu, mendominasi agenda berita.

''Ini merupakan cabaran kepada organisasi media, iaitu bagaimana untuk mengimbangi pelbagai platform yang digunakan dalam pengedaran kandungan.

''Di PETRA News, kami melihat perkara ini secara serius dan bagaimana untuk memanfaatkan pengagihan kandungan dalam pelbagai saluran, sebagai saluran untuk pengedaran berita serta bagaimana rakan perniagaan kami mendapat manfaat daripadanya.”

Beliau menambah, The Vibes dan portal berbahasa Melayu iaitu Getaran, masing-masing yang dilancarkan pada 19 September 2020 dan 29 Januari 2021, kini berkembang dengan pantas dan menjadi laman berita paling dipercayai di negara ini.

''Saya percaya 2022 akan menjadi sesuatu yang menarik untuk The Vibes dan Getaran. Selepas setahun atau lebih membina nama, kedua-dua laman berita ini akan menjadi sesuatu yang perlu diberikan perhatian pada tahun ini,'' katanya.

Zainul memulakan karier sebagai wartawan pada 1986 sebagai wartawan kadet dengan New Straits Times, di mana beliau kemudiannya menjawat pelbagai jawatan kanan termasuk menjadi koresponden pertama akhbar itu di Amerika Utara, berpangkalan di New York.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai pengarang urusan kumpulan dan bertanggungjawab untuk operasi akhbar di Kumpulan Media Prima Group. Beliau juga dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Media Prima Digital, yang bertanggungjawab ke atas perniagaan digital kumpulan itu.

Zainul memiliki BSc dari Universiti Malaya dan MA dari Universiti New York. -  Getaran, 31 Disember 2021

Sorotan

1

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

2

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

3

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

4

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

5

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

6

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Emas Sesat Ketika Daki Bukit Ditemukan Meninggal Dunia

Semasa 1 hari yang lalu

Perlu Tadabbur, Fahami Gesaan Al Quran - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

Semasa 4 jam yang lalu

Ops Lebih Muatan: JPJ Keluar 126 Notis Saman, 13 Kenderaan Barangan Dikenakan Tindakan