web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JPS Ramal Beberapa Daerah Di Pahang, Johor, Alami Banjir

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Dec 2021 7:41AM

10 daerah di Pahang yang diramalkan banjir ialah Kuantan, Rompin, Pekan, Bera, Maran, Jerantut, Temerloh, Lipis, Raub dan Bentong. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) meramalkan banjir secara berperingkat akan berlaku di 10 daerah di Pahang mulai 1 pagi ini (31 Disember), susulan amaran hujan berterusan peringkat bahaya (merah) yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

JPS menerusi hantaran di Twitter memaklumkan 10 daerah berkenaan meliputi Kuantan, Rompin, Pekan, Bera, Maran, Jerantut, Temerloh, Lipis, Raub dan Bentong.

Di Kuantan, kawasan yang dijangka terjejas adalah Bandar Sungai Lembing, Kampung (Kg) Melayu, Kg Sungai Rimau, Kg Panching, Kg Pasir Kemudi, Kg Sungai Pinang, Bandar Kuantan, Sungai Isap dan kawasan rendah di sekitarnya.

Di Rompin membabitkan Kg Ganoh, Kg Kemomoi, Kg Leban Condong, Kg Gading, Kg Bangkong, Kg Kerpal, Kg Tebu Hitam, Kg Merlak, Kg Sepayang, Kg Simpang Sepayang, Kg Desa Murni, Kg Kemendul, Kg Perepat, Kg Sepakat, Kg Batu 8, Kg Janglau, Kg Bukit Lepas, Kg Setajam, Kg Selancur, Kg Kurnia, Kg Garong, Kg Mentelong dan Kg Denai.

Turut diramal terjejas adalah RPS Runchang, Kg Batu 7 Sg Miang, Kg Kelat Rendang, Kg Permatang Cicar di Pekan; Kg Lubuk Perah dan Kg Lubuk Tiang (Bera); Kg Lubuk Paku, Kg Kuala Wau, Kg Serengkam, Kg Berkat, Kg Paya Chedong, Kg Ulu Luit dan Kg Jara (Maran); Kg Kuala Tahan, Kg Padang, Kg Gol, Kg Bantal Seberang dan Kg Gusai di Jerantut.

Di Temerloh, ia membabitkan Kg Bangau Parit dan Kg Teluk Ira; Kg Chegar Perah dan Kg Kuala Medang (Lipis); Kg Batu Malim, Kg Peruas, Kg Ulu Sungai dan Kg Ulu Gali (Raub) serta Kg Repas Baru, Kg Chegar Medang, Kg Ketari, Kg Cheringin dan Kg Semerting di Bentong.

Ramalan sama turut dikeluarkan JPS ke atas lima daerah di Johor membabitkan Mersing, Batu Pahat, Kluang, Kota Tinggi dan Johor Bahru, yang diramal akan mengalami banjir mulai 2 petang ini susulan amaran hujan berterusan peringkat waspada. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad