web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


36 Lagi Kematian Baharu Akibat COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Dec 2021 2:56PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebanyak 36 kematian terbaharu akibat COVID-19 direkodkan di negara ini, setakat tengah malam tadi.

Menurut data di laman sesawang COVIDNOW, daripada jumlah tersebut, dua daripada merupakan kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Angka terbaharu itu menjadikan jumlah kematian disebabkan pandemik berkenaan di seluruh negara sebanyak 31,428 kes manakala 6,340 lagi membabitkan BID.

Selangor merekodkan kes kematian tertinggi iaitu sebanyak 12 kes dan diikuti Kuala Lumpur, lima kes.

Kelantan dan Perak pula mencatatkan masing-masing empat kes, Kedah, Negeri Sembilan dan Pahang, tiga kes di setiap negeri manakala Terengganu, dua kes.

Tiada kematian direkodkan di Perlis, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Sabah, Sarawak, Labuan dan Putrajaya.

Sementara itu, terdapat 41,682 kes aktif dilaporkan di seluruh negara. 

Daripada jumlah itu, seramai 34,781 individu sedang menjalani kuarantin di rumah manakala 3,065 orang pula ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC).

Seramai 3,548 kes dirawat di hospital dan 288 pesakit ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).

Sejumlah 162 kes yang dirawat di ICU pula memerlukan bantuan pernafasan. 

Sementara itu, kira-kira 97.6 peratus populasi dewasa di negara ini lengkap dua dos vaksin COVID-19 manakala 25.2 peratus sudah menerima suntikan dos penggalak. - Getaran, 30 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Pengasuh Direman 6 Hari Bantu Siasatan Kematian Budak 2 Tahun

2

Semasa 1 tahun yang lalu

5 Ditahan Bantu Siasatan Kes Kematian Rakan OKU

3

Semasa 1 tahun yang lalu

8 Warga Asing Ditahan Kes Pekerja Kilang Dipukul Hingga Mati

4

Luar Negara 2 tahun yang lalu

Angka Korban Serangan Israel Di Gaza Cecah 36,550 Orang

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad