web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Johor Perlu Sedia Hadapi Banjir, Jadikan Bencana Selangor Sebagai Pengajaran

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2021 6:13PM

Lembah Klang mengalami banjir besar di luar jangkaan pada 18 Disember lalu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Negeri Johor diseru untuk sentiasa berwaspada dan memantau sebarang perubahan cuaca yang dilihat tidak menentu sejak kebelakangan ini.

Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Johor, Farhan Ashari berkata, persediaan tersebut perlu dilakukan berikutan amaran dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), berhubung tiupan angin monsun timur laut yang menyebabkan hujan berterusan di negeri itu.

Menurut beliau, tindakan itu juga bagi membolehkan penduduk bersiap siaga, sekiranya berlaku fenomena hujan lebat yang boleh mengakibatkan kejadian banjir sekelip mata seperti berlaku di Selangor serta Pahang, baru-baru ini.

“ABIM Johor menyeru semua pihak mengambil pengajaran terhadap bencana di dua negeri terbabit, di samping mengimbau kembali kejadian banjir kilat pada September lalu yang mengakibatkan tiga pusat pemindahan sementara (PPS) terpaksa dibentuk di Johor Bahru dan Pontian.

“Justeru, kami menggesa kerajaan Johor untuk membuat persiapan teliti sebagai langkah berjaga–jaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan terjadinya kejadian bencana alam,” katanya kepada Getaran, hari ini.

Farhan Ashari
Farhan Ashari

Terdahulu, jurucakap sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Johor memaklumkan, kesemua 10 daerah di negeri itu berada dalam keadaan terkawal, dengan hujan hanya dilaporkan di Mersing.

Bagaimanapun, status paras air di beberapa kawasan berpotensi iaitu Sungai Tangkak serta Sungai Kesang masih menunjukkan trend menaik dan berada pada tahap waspada dengan bacaan 3.20 meter dan 2.88 meter.

Sehubungan itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis berkata, pihaknya sentiasa membuat pemantauan untuk mengenal pasti lokasi berpotensi dinaiki air menerusi makluman cuaca semasa dan kenaikan paras air sungai.

Dalam pada itu, Farhan menyarankan agar kerajaan bersiap sedia untuk membuka bilik gerakan bencana di setiap daerah pada bila-bila masa, dengan menempatkan sukarelawan dan petugas bagi memantau mangsa yang terkesan.

Pada masa sama, beliau berpendapat ruang komunikasi dan penyampaikan maklumat kepada seluruh agensi kerajaan serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) perlu disediakan, untuk melaksanakan koordinasi pergerakan dalam tempoh terdekat sekiranya berlaku bencana.

“Talian hotline 24 jam untuk seluruh rakyat Johor juga perlu dibuka jika berlakunya kecemasan, di samping memperuntukkan dana khas bencana kepada setiap daerah yang terkesan.

“Pada masa sama, kerajaan negeri juga perlu melantik pakar untuk mengkaji sistem perancangan bandar dan kampung serta saliran air yang bermasalah,” katanya.

Jelasnya, saranan ini diharapkan mendapat pertimbangan daripada pihak yang bertanggungjawab demi kebajikan dan kesejahteraan rakyat Johor untuk memastikan keselamatan serta keamanan bersama.

“ABIM juga menjunjung titah Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim kerana telah mengarahkan semua agensi kerajaan memantau situasi semasa agar bersedia menghadapi segala kemungkinan,” katanya. – Getaran, 29 Disember 2021.

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 14 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar