web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Kes Omicron Dikesan Di Negeri Sembilan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2021 3:36PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Tiga kes COVID-19 varian Omicron dikesan di Negeri Sembilan membabitkan kes import wanita tempatan yang pulang dari luar negara, setakat semalam.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata kes pertama melibatkan pengembara wanita berumur 28 tahun, yang tiba dari Ireland melalui pintu masuk Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 15 Disember lepas.

“Kes disaring di pintu masuk KLIA dan dipakaikan gelang pengawasan pengesan digital sebelum menjalani kuarantin di rumah di Seremban. Keputusan kes adalah positif dan tidak bergejala selain wanita itu telah lengkap divaksinasi pada 13 Ogos lepas,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kes kedua melibatkan wanita berusia 28 tahun, yang tiba dari United Kingdom melalui pintu masuk KLIA pada 14 Disember lepas dan disaring serta dipakaikan gelang pengawasan pengesan digital.

Menurutnya wanita yang juga telah lengkap divaksinasi pada 19 Mei lepas itu menjalani kuarantin di rumahnya di Seremban manakala keputusan kes adalah positif dan mempunyai gejala ringan.

Veerapan berkata kes ketiga pula melibatkan wanita berumur 29 tahun yang juga tiba dari United Kingdom di KLIA pada 16 Disember lepas, dan disaring dan dipakaikan gelang pengawasan pengesan digital.

“Kes diarah menjalani kuarantin di kediamannya di Port Dickson dan disahkan positif. Individu berkenaan juga mempunyai gejala ringan selain lengkap divaksinasi pada 30 Mac dan menerima dos penggalak pada 22 Oktober lepas,” katanya.

Beliau berkata kesemua kontak rapat kepada ketiga-tiga wanita itu dikenal pasti dan dilakukan ujian tindak balas polymerase chain reaction (PCR) serta diarahkan menjalani kuarantin kendiri.

Menurutnya keadaan kes pada masa ini adalah terkawal, dan beliau menasihatkan orang ramai untuk sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) serta mengambil suntikan dos penggalak bagi meningkatkan imuniti badan. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad