web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jumlah Mangsa Banjir Di 2 Negeri Turun, 3 Negeri Kekal

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2021 11:21AM

Kakitangan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyusun kembali meja di dalam kelas di Sekolah Kebangsaan (SK) Salak, Sepang selepas pengoperasian PPS di sekolah itu ditutup, beberapa hari lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir merekodkan penurunan di dua negeri manakala tiga negeri kekal jumlah sama setakat pagi ini dengan 13,039 orang masih berlindung di 104 pusat pemindahan sementara (PPS).

Di SELANGOR,  menerusi aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menunjukkan  jumlah mangsa banjir menurun kepada 5,186 orang  di 26 PPS  setakat tengah malam tadi berbanding petang semalam iaitu 5,399 orang di 27 PPS.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor memaklumkan sehingga hari ini sebanyak 94 operasi pembersihan, 24 proses sanitasi dan 360 pemantauan dilakukan di kawasan banjir di negeri itu.

Sementara itu, Polis Selangor memaklumkan sebanyak tujuh jalan ditutup untuk laluan kenderaan ekoran dinaiki air melibatkan jalan di Jambatan FT 31 Dengkil - Banting; Jalan Kg Kalong Tengah; Ulu Yam Baru dan Jalan Genting Peras – Kuala Klawang.

Selain itu  Jalan Kuala Kubu Bharu - Bukit Fraser menghala ke Peretak dibuka untuk kenderaan ringan sahaja manakala Jalan PJU 7, di hadapan  MRT Mutiara Damansara dan  Jalan BRP 7/2 Bukit Rahman Putra berlubang akibat banjir dan jambatan jalan menghala ke Lapang Sasar, Subang rosak akibat banjir. 

Di PAHANG jumlah mangsa banjir pagi ini menurun sedikit berbanding malam tadi dengan 7,730 orang  masih berada di 74 PPS di daerah Bentong, Temerloh, Bera, Maran, Kuantan dan Pekan, menurut aplikasi Info Bencana Jabatan JKM.

Jabatan Meteorologi menjangkakan cuaca pagi ini hujan di satu dua kawasan di Kuantan dan Pekan, manakala cuaca di daerah lain diramalkan baik.

 Di KELANTAN jumlah mangsa banjir kekal 54 orang daripada 15 keluarga yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Deh di Pasir Mas, setakat 7 pagi ini.

Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melalui https://publicinfobanjir.water.gov.my, melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya.

Di MELAKA jumlah mangsa banjir masih tidak berubah iaitu 26 orang daripada lapan keluarga setakat 8 pagi ini dan  ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Penghulu Benteng di Jasin, menurut Pengarah Angkatan Pertahanan Awam (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin Quadra.

Di NEGERI SEMBILAN  Pengarah APM negeri Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor berkata mangsa banjir di negeri ini kekal dengan 43 individu daripada 14 keluarga berada di dua PPS di Jelebu setakat pagi ini. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 14 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar