web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


JAIS Buka 6 Pusat Pengumpulan al-Quran, Kitab Agama Rosak

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 7:02PM

Kitab al-Quran yang rosak terkena air banjir di Taman Sri Muda. - Gambar fail oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) membuka enam pusat pengumpulan naskah al-Quran serta buku agama yang musnah akibat banjir yang melanda negeri tersebut pada 18 Disember lalu.

Pengarah JAIS, Datuk Mohd Shahzihan Ahmad berkata, penetapan itu dilakukan selaras dengan tanggungjawab jabatan terbabit bagi menjaga kesucian ayat al-Quran.

Menurut beliau, bencana banjir besar yang berlaku telah memusnahkan harta benda termasuk naskhah al-Quran dan buku agama di masjid, surau, sekolah di samping rumah persendirian.

“JAIS menetapkan pusat pengumpulan itu terletak di Tanah Perkuburan Islam Sungai Serai bagi daerah Hulu Langat; Tanah Perkuburan Islam Johan Setia di Klang dan Masjid Al-Madaniah USJ 18, Subang Jaya untuk Petaling.

“Selain itu, Masjid As-Solihin Kancong Darat untuk daerah Kuala Langat; Kompleks Islam Daerah Kuala Selangor dan Masjid Raja Haji Fi Sabilillah di Cyberjaya turut dijadikan pusat pengumpulan naskah al-Quran serta buku agama,” katanya, hari ini.

Mohd Shahzihan memberitahu, orang ramai yang menetap di sekitar kawasan tersebut boleh menghantar naskhah al-Quran dan kitab agama ke masjid berdekatan sehingga 30 Disember ini.

Beliau berkata, jawatankuasa masjid perlu memastikan kesemua naskhah yang dihantar ditempatkan di ruang sesuai, selamat dan bersih serta jauh daripada laluan manusia atau haiwan.

“Ini bagi mengelakkan ia dilangkah dan dipijak, serta diletakkan di kedudukan yang tinggi dari paras biasa persekitaran. Manakala tempat penyimpanan yang tidak berbumbung pula perlu ditutup menggunakan plastik atau kanvas bagi mengelakkan ia basah akibat terkena air hujan.

“JAIS akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi menguruskan pengangkutan kesemua naskhah itu daripada masjid sehingga ke pusat pengumpulan al-Quran dengan segera sebelum proses pelupusan dilaksanakan,” katanya. - Getaran, 28 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 2 tahun yang lalu

JAIS Keluar Arahan Tangguhkan Program Ceramah Oleh Ustaz Don Di Selangor

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Ustaz Don Dilarang Ceramah Di Masjid, Surau Seluruh Selangor

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Mushaf Al Huffaz Bantu Golongan Hafiz Menghafaz Dengan Sistematik

4

2 tahun yang lalu

KDN Pantau Aplikasi Quran Dalam Talian Tiada Kelulusan

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 14 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 12 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar