web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Salah Guna Kuasa Azam Baki Punca Edmund Letak Jawatan Panel SPRM

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Dec 2021 12:21PM

Tan Sri Azam Baki - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ahli akademik, Profesor Dr Edmund Terence Gomez meletak jawatan sebagai Ahli Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Dalam surat ditulis kepada Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah SPRM, Tan Sri Borhan Dolah yang tular sejak malam tadi, beliau berkata keputusan itu dibuat selepas panel tersebut didakwa gagal membincangkan laporan kritikal membabitkan pegawai tinggi SPRM.

Antara lain ia membabitkan dakwaan pemilikan kira-kira dua juta unit saham oleh Ketua Pesuruhjaya SRPM, Tan Sri Azam Baki di sebuah syarikat senaraian awam.

Dakwanya, dia pertama kali membangkitkan perkara tersebut kepada Borhan pada 12 November lalu dan menggesa agar mesyuarat diadakan bagi membincangkan ‘isu kritikal berkaitan kepentingan negara’.

Katanya, peletakan jawatan itu dibuat selepas Borhan gagal membalas beberapa suratnya yang meminta agar mesyuarat diadakan bagi membincangkan isu terbabit.

Walaupun Borhan memberi respon segera dan memaklumkan bahawa satu mesyuarat akan diadakan, Edmund mendakwa ia tidak pernah berlaku.

Katanya lagi, beliau turut menulis dua lagi surat kepada Borhan berhubung isu itu dan melampirkan maklumat diterimanya berhubung perniagaan didakwa membabitkan keluarga Azam.

Namun beliau mendakwa tidak menerima apa-apa maklum balas selepas itu.

Edmund dalam surat terakhirnya kepada Borhan pada 14 Disember lalu turut memaklumkan, beliau tiada pilihan selain meletak jawatan sekiranya tidak mendapat maklum balas berhubung isu tersebut.

Profesor Dr Edmund Terence Gomez - Gambar Bernama
Profesor Dr Edmund Terence Gomez - Gambar Bernama

“Sudah dua minggu sejak saya menghantar surat ini kepada anda.

“Saya tiada pilihan selain meletakkan jawatan dan ini patut dilihat sebagai bantahan terhadap tindakan anda, selaku pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, yang menangguhkan untuk memanggil mesyuarat berhubung isu yang menjadi tanggungjawab panel ini untuk dibincangkan.

“Tambahan pula, dengan tiada sebarang tindakan terhadap laporan melibatkan ketua pesuruhjaya SPRM merupakan pengabaian tugas terhadap negara yang serius,” katanya.

Beliau turut menyifatkan ketiadaan perbincangan mengenai isu tersebut sebagai ‘sangat tidak bertanggungjawab’ dan ‘tidak berhati perut’.

Dalam surat peletakan jawatannya itu, Edmund turut menyuarakan kebimbangan apabila ada laporan lanjut mendakwa, seorang bekas ketua pesuruhjaya SPRM turut terlibat dalam situasi yang memiliki konflik kepentingan.

Susulan itu, beliau berkata dakwaan tersebut menunjukkan trend dalam institusi SPRM yang perlu disiasat pada kadar segera.

Katanya lagi, beliau turut menulis surat kepada Pengerusi Lembaga Penasihat Pencegahan Rasuah (LPPR) SPRM, Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang sebanyak tiga kali, dengan memberikan maklumat sama seperti disampaikan kepada Borhan.

Namun dakwanya, Abu Zahar juga tidak memberi maklum balas terhadap surat-surat tersebut.

“Saya mencadangkan kepada Tan Sri Abu Zahar supaya saya menghadiri mesyuarat Lembaga Penasihat untuk membentangkan laporan ini kepada ahli-ahlinya. Tan Sri Abu Zahar belum menjawab surat saya.

“Saya amat kecewa kerana lembaga penasihat masih tidak bermesyuarat untuk membincangkan perkara ini, walaupun setelah ia dibangkitkan di Parlimen pada 14 Disember lalu dan dilaporkan secara meluas oleh media,” katanya.

Kata Edmund lagi, Azam belum membuat kenyataan secara terbuka berhubung dakwaan terhadapnya.

“Ketua pesuruhjaya terus mendiamkan diri walaupun dakwaan berat dibuat terhadapnya, menunjukkan mengapa lembaga penasihat dan juga Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah perlu bertemu untuk membincangkan isu itu,” katanya.

Sementara itu, beliau turut meluahkan kekecewaannya kerana tidak dapat meyakinkan Borhan dan Abu Zahar untuk bertindak segera dan terbuka berhubung isu tersebut.

“Saya juga berharap dapat memberi sumbangan terhadap usaha bersama untuk meneliti dakwaan itu dan menentukan bagaimana kewibawaan dan integriti SPRM dapat dilindungi,” katanya. - Getaran, 28 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Kartel Perolehan Awam RM2.5 Juta Tumpas, 13 Individu Ditahan

2

Semasa 1 minggu yang lalu

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

Sorotan

1

Wanita Didakwa Bunuh Warga Indonesia

2

PRN Johor: Rekod Pentadbiran BN Jadi Sandaran Utama - Onn Hafiz

3

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

4

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

5

Onn Hafiz Dijangka Pertahan Kerusi Machap, Kekal Fokus Bangunkan Johor

6

Memacu Masa Depan Lestari: Transformasi Tenaga Dan Aspirasi Sifar Bersih Malayssia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Op Soga XI: 58 Ditahan, Polis Perhebat Tindakan Terhadap Sindiket Judi Piala Dunia 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Rogol, Cabul Cucu; Datuk Dipenjara 33 Tahun, 14 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Daripada 4 Remaja Malaysia Alami Depresi, Cenderung Bunuh Diri - NHMS 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

1 Video, 1 Negara Dinilai: Tindakan Pelancong Malaysia Cetus Perdebatan Tentang Imej Negara

oleh Sophia Ahmad