web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selepas Rina, PM Pula Dikecam Posing Depan Kamera

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2021 8:34PM

Tangkap layar dari video media sosial yang menunjukkan Ismail Sabri menyodok lumpur di hadapan sekumpulan jurugambar.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semalam, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun trending di media sosial selepas dikecam dan ditertawakan, ekoran tindakannya membersihkan kaki lima pusat penempatan sementara (PPS) yang tidak kotor sambil aksinya dirakam beberapa jurugambar.

Belum reda isu terbabit, kini Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pula berdepan situasi sama apabila video berdurasi 12 saat memaparkan beliau menyodok lumpur di hadapan sekumpulan jurugambar tular.

“Seronok kan PM main-main sodok. Only in Malaysia (Hanya di Malaysia),” ciap seorang pengguna Twitter @sofeahjoned menerusi video berkenaan yang dikongsikannya di media sosial itu.

Video itu menerima lebih 4,200 ulang kicau, 2,600 ciapan dan 3,200 tanda suka setakat ini, termasuk oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai, Fahmi Fadzil.

Perkongsian itu mendapat pelbagai respon daripada warga maya yang ‘mentertawakan’ tindakan pemimpin kerajaan.

“Rakyat sudah semakin bijak nak tunjuk di sebalik tabir. Tapi harapnya lebih ikhlaslah walaupun untuk foto,” ciap @crunchywedges.

“Awal sangat ni @IsmailSabri60 @RinaMohd Harun punya pesta tak habis lagi. Aduyai,” ciap pula zack_rockstar.

“Dah macam kayu gila wayang, hahahaha, alamak terpaksa main lumpur untuk buat content - PM,” ciap AzimAmir

Apapun, tindak balas netizen itu menunjukkan kemarahan rakyat masih belum reda, apatah lagi dengan keadaan pasca banjir yang masih memerlukan perhatian serius pihak berwajib.

Mungkin ada baiknya pemimpin negara melupakan seketika aspek publisiti demi memastikan tugas mereka menjaga hal ehwal kebajikan rakyat dapat dilunaskan dengan sebaiknya. - Getaran, 27 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad