web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Klinik Bergerak Bantu Rawat Haiwan Mangsa Banjir

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Dec 2021 6:25PM

Dr. Kartini Izreen merawat seekor anak kucing menerusi program Klinik Veterinar Bergerak yang memberikan rawatan kepada haiwan terbiar di Taman Sri Muda, Shah Alam. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Simpati dengan nasib haiwan jalanan yang tidak ketinggalan dilanda musibah banjir, Persatuan Perubatan Veterinar Malaysia (MAVMA) tampil menghulurkan rawatan kepada haiwan terkesan.

Pensyarah Fakulti Perubatan Veterinar Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Farina Mustaffa Kamal berkata, program Klinik Veterinar Bergerak yang dianjurkan bermula 21 hingga 27 Disember lalu berjaya memberikan rawatan kepada lebih 600 haiwan terbiar di sekitar Taman Sri Muda, Shah Alam serta beberapa lokasi lain.

Dr Farina Mustaffa Kamal
Dr Farina Mustaffa Kamal

Menurut beliau, inisiatif itu digerakkan bersama Persatuan Perubatan Veterinar Malaysia (MAVMA), Persatuan Doktor Veterinar Haiwan Kesayangan Malaysia (MSAVA), Persatuan Pencegahan Penganiayaan Haiwan (SPCA) Selangor serta sukarelawan Universiti Putra Malaysia (UPM).

"Kami telah bekerjasama membantu memberikan rawatan kepada semua haiwan termasuk kucing, burung, anjing serta kura-kura yang terkesan akibat banjir,” katanya kepada Getaran.

Mengulas lanjut, Dr Farina berkata, lebih 300 sukarelawan turun padang bagi menjayakan misi tersebut.

"Hari ini merupakan hari terakhir kami di Taman Sri Muda, dan selepas ini tumpuan akan diberikan di kawasan lain seperti Hulu Langat, Bentong di Pahang atau lokasi lain yang terlibat.

"Orang awam boleh membawa haiwan peliharaan masing-masing ke klinik haiwan bergerak ini atau pasukan kami sendiri akan turun padang menjalankan misi menyelamatkan binatang jalanan yang terbiar,” katanya.

Mengakui bahawa banyak haiwan terjejas akibat banjir, Dr Farina berharap semua usaha dilaksanakan pihaknya berupaya membantu semua binatang tersebut mendapat perhatian sewajarnya.

Dr Kartini Izreen Kurnia
Dr Kartini Izreen Kurnia

Sementara itu, Dr Kartini Izreen Kurnia, 30, Doktor Veterinar daripada Animal Medical Centre turut melahirkan rasa prihatin dengan nasib semua haiwan yang menerima rawatan tersebut.

“Sepanjang saya berkhidmat, ini merupakan kali pertama saya berhadapan dengan kucing dan anjing yang trauma dengan bencana alam.

“Ada yang datang dalam keadaan kurus kering, tidak mahu makan, selsema, demam dan paling kasihan apabila ada haiwan yang terkena jangkitan virus,” katanya berkongsi pengalaman.

 Kelvin Cheah
Kelvin Cheah

Sukarelawan SPCA, Kelvin Cheah, 36 berkata, semua haiwan yang dibawa ke klinik bergerak itu akan menjalani pemeriksaan oleh doktor veterinar bertauliah.

"Usaha ini mendapat sokongan doktor veterinar daripada pelbagai agensi dan klinik, malah kita turut menyalurkan sumbangan makanan haiwan serta keperluan peralatan perubatan lain.

"Kami telah mendapat lebih 4,000 kilogram (kg) makanan untuk haiwan yang terlibat dengan banjir, dan sehingga kini kami sudah memberi makan kepada lebih seribu kucing jalanan atau yang masih belum bertuan,” katanya.

Kelvin berkata, pihaknya juga menerima banyak permintaan daripada penduduk setempat untuk menjaga haiwan terbiar yang tidak mempunyai tuan atau hilang tempat tinggal.

“Bagi pihak SPCA Selangor, kami akan memastikan semua kucing yang tidak bertuan tetap dijaga dengan baik dan akan ditempatkan dalam di SPCA buat sementara waktu. Jadi jika ada yang berminat atau berhasrat untuk membela binatang peliharaan seperti kucing dan anjing, boleh hubungi terus di talian 03-42565312 atau layari website di http://www.spca.org.my/,” ujarnya.

Sementara itu, tinjauan Getaran di kawasan tersebut juga mendapati, ramai penduduk melahirkan rasa simpati dengan nasib semua haiwan berkenaan.

Majoriti mereka tampil menyalurkan bantuan dari segi makanan, dan tidak kurang juga datang untuk mengambil haiwan peliharaan yang tidak bertuan untuk dibela.

Gan Yi Fang
Gan Yi Fang

Gan Yi Fang, 21, ketika ditemui berkata, dia datang ke klinik berkenaan untuk mencari dua ekor kucing  milik jirannya yang hilang ketika banjir melanda Taman Sri Muda bermula 18 Disember lalu.

“Saya ke sini untuk mencari kucing jiran, kerana dia sekarang berada  di Sarawak dan tidak dapat pulang ke Semenanjung. Jadi kebetulan saya singgah dan jumpa dua ekor kucing miliknya.

“Atas dasar tanggungjawab dan kasihan dengan nasib kucing berkenaan, saya bincang dengan ibu saya untuk ambil dan jaga haiwan ini di rumah. Saya sangat berterima kasih kepada SPCA Selangor dan semua NGO yang terlibat dengan misi menyelamatkan haiwan peliharaan. Selain misi menyelamatkan manusia, haiwan ini juga perlu dibantu dan diberikan rawatan segera,” ujarnya.  - Getaran, 27 Disember 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 6 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad