web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cubaan SKMM Padam Kritikan Rakyat Di Twitter Dikecam Ramai

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2021 3:21PM

Syahredzan Johan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kelewatan dalam urusan bantuan kepada mangsa bencana banjir pada Sabtu lalu menimbulkan kekecewaan di kalangan warganet sehingga beberapa tanda pagar berbaur kritikan terhadap kerajaan menjadi trending di Twitter.

Susulan itu, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) membuat permintaan kepada Twitter untuk membuang ciapan yang mengkritik tindakan kerajaan dalam menangani banjir baru-baru ini.

Bagaimanapun, Twitter menolak permintaan tersebut.

Tindakan SKMM itu turut dikecam hebat warganet termasuk peguam Syahredzan Johan yang juga setiausaha politik kepada Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang.

Menurut beliau, kerajaan sepatutnya bermuhasabah dan memperbaiki kelemahan dalam kesiapsiagaan menghadapi bencana seperti banjir baru-baru ini supaya perkara sama tidak berulang.

“Jelas tindakan itu menunjukkan pihak kerajaan amat tidak senang dengan kritikan rakyat berkenaan cara mereka menangani banjir tempoh hari.

“Kerajaan harus segera mengarahkan SKMM supaya tidak lagi cuba melenyapkan suara rakyat dengan memadam ciapan yang mengkritik mereka,” katanya menerusi satu kenyataan.

Malah katanya, SKMM masih menggunakan ‘playbook’ yang sama seperti kerajaan Barisan Nasional (BN) sebelum ini iaitu dengan membungkam suara rakyat yang kritikal terhadap pemerintah.

“Kerajaan dan SKMM diingatkan bahawa kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat adalah hak yang dijamin di bawah Perlembagaan Persekutuan.

“Hak ini tidak boleh disekat dengan sewenang-wenangnya mengikut selera pemerintah,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia, rakyat berhak menyuarakan pendapat, pandangan atau kritikan terhadap mana-mana kerajaan tanpa sekatan yang tidak wajar dan tidak munasabah.

“Hak rakyat harus dihormati dan didukung. Tanpa rakyat, siapalah kerajaan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dipetik sebagai berkata tidak menyalahkan aduan daripada netizen berhubung isu kelewatan dalam urusan bantuan dan menyelamat.

Malah, beliau turut mengakui berlaku kelewatan dalam urusan bantuan kepada mangsa yang terjejas termasuk di Selangor tetapi ia bukanlah sesuatu yang disengajakan.

“Bukan sengaja dilewatkan, saya tidak pernah nafikan ada masalah kelewatan daripada segi memindahkan orang. Saya tidak salahkan netizen yang membuat aduan, saya berterima kasih kepada orang ramai yang terus mengadu kepada saya. 

“Bagaimanapun, kita akan tambah baik negeri-negeri yang belum bersedia (menghadapi banjir besar) di Selangor dan mungkin Negeri Sembilan supaya lebih bersedia. 

“Tanggungjawab banjir ini bukan hanya Kerajaan Persekutuan, kerajaan negeri, malah, di peringkat daerah perlu menjadi barisan hadapan, semua perlu bertanggungjawab,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melawat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Dewan D’Sury, Kuala Klawang, di Jelebu, Negeri Sembilan pada Selasa lalu. - Getaran, 24 Disember 2021

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad