web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir: Jumlah Mangsa Meningkat Di Kelantan, 4 Negeri Lain Menurun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Dec 2021 7:58AM

Sebahagian penduduk menggunakan bot untuk memeriksa kediaman mereka yang ditenggelami banjir genang sejak enam hari lalu ketika tinjauan di Kampung Padang Licin hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Kelantan mencatatkan peningkatan malam tadi manakala empat negeri lain termasuk Selangor menunjukkan penurunan.

Bagaimanapun, jumlah mangsa di Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan kekal.

Di KELANTAN, setakat 10 malam, jumlah mangsa meningkat kepada 1,666 orang berbanding 1,496 orang petang tadi, melibatkan 10 PPS dibuka kesemuanya di jajahan Pasir Mas.

Sementara itu, portal rasmi info banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan tiada sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya manakala tiga sungai mencatat paras amaran iaitu Sungai Kelantan di Kampung Temangan, Machang serta Sungai Kelantan dan Sungai Golok di Rantau Panjang, Pasir Mas.

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir sedikit menurun kepada 34,487 orang yang ditempatkan di 246 PPS berbanding 34,971 orang di 249 PPS petang tadi, menurut aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Sembilan daerah kekal dilanda banjir iaitu Kuantan, Temerloh, Bentong, Bera, Jerantut, Pekan, Lipis,  Maran dan Raub.

Dalam pada itu, Lebuhraya Pantai Timur (LPT) menerusi catatan Facebook memaklumkan laluan Chenor ke Karak masih belum dibuka di kedua-dua arah manakala laluan dari Gombak ke Karak di Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak telah dibuka.

 Di MELAKA, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin berkata jumlah mangsa banjir di negeri itu berkurangan kepada 114 orang setakat 8 malam tadi.

“Di Jasin, jumlah mangsa kekal 68 orang daripada 14 keluarga ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Parit Penghulu Benteng manakala 46 orang daripada 15 keluarga di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Lubok China di Alor Gajah,” katanya.

Di PERAK, banjir di Changkat Jong, Teluk Intan menunjukkan trend penurunan dengan 153 orang berada di dua PPS di daerah Hilir Perak setakat 8 malam berbanding 182 orang petang tadi.

Jurucakap APM dan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Perak berkata seramai 105 orang sedang berlindung di PPS Dewan Bandaran Teluk Intan dan 48 lagi di PPS Dewan SMK Abdul Rahman Talib.

Di SELANGOR, Unit Pengurusan Bencana Negeri (UPBN) memaklumkan negeri itu merekodkan penurunan jumlah mangsa banjir iaitu 18,126 orang melibatkan 103 PPS setakat 9 malam berbanding 22,250 orang di 111 PPS petang tadi.

JPS memaklumkan Sungai Langat di Bukit Changgang, Kuala Langat masih melebihi paras bahaya iaitu 4.31 meter setakat 9.15 malam.

Di NEGERI SEMBILAN, Pengarah APM negeri Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor berkata mangsa banjir di negeri itu kekal 301 orang dengan empat PPS masih dibuka di Jelebu.

Di KUALA LUMPUR, menurut aplikasi Info Bencana JKM, jumlah mangsa kekal 314 orang di dua PPS. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar