web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Maklumat Negara Berdepan Angin Kencang Mulai 26 Disember Palsu – MET Malaysia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 Dec 2021 9:41PM

MET Malaysia menafikan berita yang tidak tepat kononnya negara akan berdepan angin kencang dan cuaca buruk selama 4 hari mulai 29 Disember ini. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Meteorologi (MET Malaysia) menegaskan, maklumat tular yang mengatakan negara akan berdepan angin kencang dan cuaca buruk selama empat hari, bermula 26 Disember ini adalah palsu.

Jurucakap MET Malaysia berkata, pihaknya turut mengesan maklumat kurang tepat yang tersebar dan boleh menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.

“Pihak kami (MET Malaysia) mengklasifikasikan maklumat berkenaan ‘WARNING for December 26, 27, 28, 29 by Prof Shahrul Shauqi’ yang sedang tular di pelbagai platform media sosial serta aplikasi Whatsapp adalah tidak sah.

“Kami ingin menegaskan bahawa penyebaran maklumat berita palsu dan tidak sahih boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya hari ini.

Sejak beberapa hari lalu, tular dakwaan mengatakan Malaysia akan berdepan angin kencang dan cuaca buruk bermula Ahad ini hingga Rabu depan, yang dijangka lebih buruk berbanding situasi pada 18 dan 19 Disember lalu.

“Amaran untuk 26,27, 28, 29 Disember, dijangka kelajuan angin adalah daripada 5mph – 25mph dan berkemungkinan sehingga 35mph.

“Dia menjangkakan keadaan itu lebih buruk daripada keadaan cuaca pada 18, 19 Disember. Berhati-hati semua. Sumber, Prof Shahrul Shauqi,” kata dakwaan berkenaan.

Selain itu, MET Malaysia berkata, orang ramai diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih dan terkini berkenaan ramalan serta amaran cuaca, gempa bumi dan tsunami hanya di MET Malaysia.

Maklumat itu boleh didapati melalui laman web dan media sosial rasmi MET Malaysia atau talian 1-300-22-1638 serta aplikasi myCuaca. - Getaran, 23 Disember 2021

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 8 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad