web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


33 Maut, Korban Banjir Di 2 Negeri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2021 9:20PM

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) membawa keluar 2ua mayat yang dijumpai di sebuah rumah Taman Sri Muda dipercayai lemas akibat banjir hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jumlah korban akibat banjir di Selangor dan Pahang meningkat kepada 33 nyawa berbanding 27 yang direkodkan semalam.

Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 24 mangsa manakala sembilan lagi mangsa korban banjir ditemukan di dua lokasi di Pahang.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Arjunaidi Mohamed, penemuan mangsa lemas susulan kejadian bencana itu membabitkan 14 mayat di Shah Alam, diikuti Klang dan Kajang, masing-masing tiga, Sepang (dua) manakala di Kuala Selangor dan Subang Jaya, masing-masing satu.

Dalam pada itu, tinjauan Bernama di Hospital Shah Alam mendapati perkarangan bilik mayat lengang dengan tiada waris mangsa banjir yang menunggu di Jabatan Forensik hospital itu bagi menuntut jenazah ahli keluarga mereka. 

Sementara itu, korban banjir di Pahang pula membabitkan dua mangsa di Kuantan, manakala tujuh lagi di Bentong.

Kejadian di Bentong melibatkan fenomena kepala air di dua kawasan iaitu di sebuah pusat peranginan dengan dua mayat telah ditemukan manakala seorang lagi dilaporkan hilang dalam insiden itu.

Dalam kejadian di Telemong, lima mayat telah ditemukan manakala seorang lagi mangsa yang dipercayai hilang masih belum ditemui. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad