web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


11 Pesakit COVID Terperangkap Dalam Banjir, Dipindahkan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Dec 2021 8:14AM

Zainal Madasin (kiri) menasihati penduduk kampung agar berpindah ke PPS berhampiran apabila rumah mereka dinaiki air di Kampung Tersang Rantau Panjang, Kelantan, semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PASIR MAS - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan menyelamatkan 11 mangsa banjir yang disahkan positif COVID-19 kerana terperangkap akibat bencana itu, melibatkan enam pesakit di Gua Musang dan lima di Rantau Panjang.

Pengarah JBPM Kelantan, Zainal Madasin berkata kesemua pesakit di dua jajahan itu dibawa keluar dari kediaman masing-masing menggunakan lori milik jabatan berkenaan sebelum diserahkan kepada petugas Kementerian Kesihatan (KKM) untuk tindakan selanjutnya.

Beliau berkata kesemua pesakit tersebut sebelum ini menjalani kuarantin di rumah.

"Kesemua mangsa yang positif itu akan memberitahu status mereka terlebih dahulu, sebelum anggota kami meneruskan operasi menyelamat.

"Malah, anggota bomba yang terlibat dalam operasi menyelamat dan memindahkan pesakit ini telah mematuhi semua prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan," katanya kepada pemberita selepas meninjau keadaan banjir di Kampung Tersang dekat Rantau Panjang, di sini semalam.

Mengulas lanjut,  Zainal  berkata sejak 17 Disember lepas hingga kini, pihaknya melaksanakan 14 operasi menyelamat mangsa banjir di Kelantan dengan melibatkan 62 individu termasuk pesakit COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 8 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 10 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad