web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hanya Sebahagian Kenderaan NGO Dibenar Masuk Taman Sri Muda

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2021 2:21PM

Anggota polis mengawal laluan masuk ke Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Hanya sebahagian kenderaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dibenarkan keluar dan masuk ke kawasan bencana banjir di Taman Sri Muda, Seksyen 25 di sini manakala kenderaan orang awam tidak dibenarkan kecuali dengan kebenaran.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib menyatakan sedemikian susulan tular di media sosial berhubung seorang individu yang mendakwa dihalang untuk menyampaikan sumbangan makanan kepada mangsa banjir di Taman Sri Muda.

“Tindakan mengawal kenderaan awam masuk ke lokasi banjir adalah bertujuan mengelak kesesakan dan memberi laluan kepada lori yang keluar masuk membawa mangsa ke pusat pemindahan sementara,”  katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Baharudin menjelaskan kesesakan di lokasi dikhuatiri akan menambahkan lagi kemudaratan dan menyukarkan proses menyelamatkan nyawa mangsa, selain mengelak kejadian lebih buruk berlaku  memandangkan paras air sungai meningkat pada ketika itu.

Katanya semasa kejadian, Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama agensi seperti Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedang bertungkus lumus menyelamatkan dan mengeluarkan mangsa banjir daripada kawasan berkenaan yang sedang ditenggelami air.

“Keprihatinan semua NGO dan orang awam amatlah dihargai dalam usaha membantu mangsa banjir, bagaimanapun suka diingatkan agar semua pihak tetap mematuhi arahan pihak berkuasa supaya dapat memudahkan proses menyelamatkan mangsa dilaksanakan,” katanya. 

Menurutnya Jabatan Kebajikan Masyarakat juga mengambil tindakan segera bagi menyampaikan bantuan makanan kepada mangsa yang terjejas banjir. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad