web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Terperangkap Banjir Berisiko Alami Stres Tinggi, Trauma

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Dec 2021 8:41AM

Salah seorang penduduk di Taman Sri Nanding, Hulu Langat, membersihkan kediamannya yang terjejas teruk akibat banjir. - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mangsa terperangkap dalam kesesakan jalan raya teruk bagi tempoh sangat lama akibat banjir berisiko berdepan ‘tekanan ekstrem’, yang boleh menyebabkan mereka mengalami stres tahap tinggi dan trauma.

Pensyarah Kanan Fakulti Psikologi dan Pendidikan Universiti Malaysia Sabah (UMS), Profesor Dr Murnizam Halik berkata, situasi itu juga membuatkan individu terbabit berada dalam keadaan berjaga-jaga sepanjang masa kerana bimbangkan keselamatan diri.

Dr Murnizam Halik
Dr Murnizam Halik

Katanya, secara normal, individu tidak boleh ‘tersekat’ dalam sesuatu pergerakan bagi tempoh lama.

“Contohnya syarikat penerbangan akan meminta penumpang untuk keluar dari pesawat sekiranya pengangkutan itu masih tidak bergerak dalam tempoh beberapa jam.

“Jadi bila mangsa banjir ini terperangkap dalam kesesakan lalu lintas sehingga lebih 24 jam dengan situasi menunggu, berjaga-jaga sepanjang masa dan tidak boleh keluar daripada kenderaan kerana paras air meningkat serta atas faktor keselamatan, mereka sememangnya berdepan tekanan ekstrem yang boleh menyebabkan tahap stress tinggi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Getaran, bagi mengulas kesan boleh didepani mangsa banjir luar jangkaan melanda Lembah Klang, sejak dua hari lalu yang menyaksikan ribuan kenderaan terperangkap dalam kesesakan teruk lebih 24 jam.

Rumah kediaman serta kenderaan tenggelam dalam gambar yang dirakamkan menerusi dron di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam. - Gambar Sadiq Asyraf
Rumah kediaman serta kenderaan tenggelam dalam gambar yang dirakamkan menerusi dron di Taman Sri Muda, Seksyen 25, Shah Alam. - Gambar Sadiq Asyraf

Ditanya adakah tekanan dialami itu boleh menyumbang kepada trauma teruk terhadap mangsa, Murnizam berkata perkara itu bukan sesuatu yang mustahil.

Namun, katanya, perasaan trauma tersebut lebih dirasai ibu bapa dan penjaga yang membawa anak kecil atau kanak-kanak ketika kejadian, apabila mereka harus berfikir secara positif bagaimana untuk menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin bagi mengutamakan keselamatan golongan kecil berkenaan.

“Bila kita tengok kesan trauma itu kepada kanak-kanak, mungkin dia ada trauma yang jangka pendek, sebab kanak-kanak ini memang memorinya berbentuk jangka pendek sedikit, berbanding dengan orang dewasa.

“Bagaimanapun trauma ini lebih dirasai ibu bapa dan penjaga kerana perlu menjalankan tanggungjawab, terutama dalam keadaan sampai tidak makan, minum dan sebagainya,” katanya.

Pekerja Stesen Minyak Petronas di Kampung Sri Nanding, Hulu Langat membersihkan stesen minyak berkenaan yang sebelum ini ditenggelami air. - Gambar Syeda Imran
Pekerja Stesen Minyak Petronas di Kampung Sri Nanding, Hulu Langat membersihkan stesen minyak berkenaan yang sebelum ini ditenggelami air. - Gambar Syeda Imran
Seorang penjual roti mengalami kerugian selepas barangan jualannya rosak akibat banjir. - Gambar Syeda Imran
Seorang penjual roti mengalami kerugian selepas barangan jualannya rosak akibat banjir. - Gambar Syeda Imran
Keadaan di dalam serbuah kenderaan yang diseliputi lumpur dan basah, selepas ditenggelami air. - Gambar Syeda Imran
Keadaan di dalam serbuah kenderaan yang diseliputi lumpur dan basah, selepas ditenggelami air. - Gambar Syeda Imran

Menurut Murnizam, pendekatan boleh dilakukan untuk mengawal dan mengatasi trauma itu adalah mereka perlu memikirkan kaedah terbaik bagaimana untuk menguruskan keselamatan anak, memandangkan ia adalah perkara paling utama harus diutamakan ketika berdepan situasi sukar berkenaan.

“Bagi saya, ini adalah mengenai pemikiran positif yang bermaksud di sebalik situasi itu, ibu bapa atau penjaga kena fikir itu adalah tanggungjawab saya untuk menguruskan keselamatan keluarga saya,” katanya.

Mengulas lanjut, Murnizam berkata, bagaimanapun kesan perasaan dialami mangsa situasi bencana itu, tidak seteruk individu berdepan trauma kemalangan, culik atau kes tertentu.

“Dia (mangsa kesesakan) mungkin mengalami gangguan sedikit atau pengalaman trauma ringan disebabkan mereka berdepan keadaan itu dalam masa lama, tetapi ini tak sama macam situasi ‘hidup dan mati’, contohnya kemalangan, diculik atau kes lebih sukar.

“Kita tidak kata mereka ini berada dalam keadaan baik sebab kita tahu mereka berdepan situasi ekstrem terperangkap dalam kesesakan sangat lama, tetapi tahap traumanya berbeza mengikut situasi lain itu,” katanya. - Getaran, 21 Disember 2021

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 7 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 9 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad