web statsweb stats

Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Banjir Dan Air Mata Rakyat, Kisah Duka Tidak Bernoktah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 4:55PM

Seorang lelaki terperangkap dalam banjir di Meru, Klang. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Percikan bunga api melatari langit ibu kota pada malam 18 Disember tatkala ribuan, malah mungkin jutaan nyawa di beberapa kawasan sekitar Selangor dan Lembah Klang sedang menanti untuk diselamatkan.

Paras air semakin meningkat, dan sudah ada puluhan kereta tersadai, susulan hujan lebat tanpa henti yang membasahi bumi lebih dari 24 jam.

Rintihan mereka bertukar ganti di media sosial, tetapi pihak yang diharap menghulur bantuan masih berdiam diri.

Dua orang lelaki meredah air banjir di Taman Seri Lembayung, Shah Alam. - Gambar oleh Sairien Nafis
Dua orang lelaki meredah air banjir di Taman Seri Lembayung, Shah Alam. - Gambar oleh Sairien Nafis

Sepi. Sunyi. Telinga bagaikan tuli.

Situasi semakin mencemaskan, apabila sejumlah besar laluan utama mula ditutup.

Anak-anak merengek kelaparan, ibu bapa gundah gulana, begitu juga barisan pemandu yang keresahan apabila terperangkap dalam kesesakan lalu lintas berjam-jam lamanya.

Bantuan dinanti malangnya masih tak kunjung tiba.

Apa sudah jadi?

Ada PC, Tapi Tak Bersedia?

Menjelang lewat malam, ketika bah semakin parah, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tampil dengan sidang akhbar (PC) khas, mengumumkan tindakan yang bakal diambil kerajaan.

Malangnya, ia masih gagal membangkitkan harapan apabila pada masa sama, bantuan yang dinanti tetap tak kunjung tiba.

Ketika sana sini termasuk media tempatan melaporkan keadaan semasa, pemimpin atasan katanya hanya mampu menasihatkan rakyat untuk jangan risau dan bersabar menerima musibah.

Keadaan banjir kilat di Bulatan Megawati Seksyen 21, Shah Alam. - Gambar oleh Sairien Nafis
Keadaan banjir kilat di Bulatan Megawati Seksyen 21, Shah Alam. - Gambar oleh Sairien Nafis

Jangan risau? Duduk di atas bumbung menanti bantuan bertemankan kesejukan dan titis hujan, masih boleh dibilang jangan risau?

Ribuan mangsa terperangkap, paras air kian meningkat, masih boleh disuruh jangan risau?

Bantuan masih tak kunjung tiba, nyawa umpama di hujung tanduk, masih boleh diminta jangan risau?

Jenaka apakah ini?

Rintihan Rakyat, Mana Bantuan?

Aset kerajaan akhirnya mula digerakkan semalam, ketika keadaan semakin parah dengan jumlah mangsa yang semakin bertambah.

Terdahulu, beberapa jentera Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) sudah mula bergerak berdikit-dikit menghulurkan bantuan di kawasan sekitar Shah Alam dan Klang mengikut kapasiti dimiliki.

Ada mangsa berjaya diselamatkan dan dibawa ke pusat pemindahan sementara (PPS) tetapi masih ramai yang menanti.

Media sosial kian rancak dengan laungan meminta bantuan, majoritinya di kawasan yang paling teruk terjejas.

Membaca semua hantaran dipaparkan amat meruntun hati, sebelum semua perasaan itu bertukar menjadi marah apabila bantuan diharapkan kekal tak kunjung tiba.

Selepas lebih 24 jam terkandas, nampaknya rakyat kembali mengambil inisiatif sendiri.

Dengan hanya berbekalkan kemampuan tidak seberapa, mereka pantas menghulur bantuan, termasuk berkongsi nombor beberapa individu tertentu yang menjalankan misi menyelamat secara persendirian.

Susulan senario itu, tanda pagar #KerajaanGagal dan #KerajaanPembunuh kembali trending di Twitter, semuanya bagi menzahirkan kemarahan apabila pihak pemerintah terlalu lembab menghulur bantuan.

Majlis Pelancaran Dan Publisiti Murahan

Lebih menyakitkan hati, ketika ratusan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan sukarelawan sudah mula menyusun pergerakan bagi menjalankan misi menyelamat, ada pula pemimpin yang sempat mencuri masa melancarkan pasukan sukarelawan banjir.

Apa perlunya acara seumpama itu dilancarkan sedangkan keadaan semakin genting dan bantuan segera amat diperlukan?

Apakah masih tidak cukup lagi publisiti diraih selama ini maka masih perlu mencuri tumpuan ramai?

Aksi murahan sebegini yang sebenarnya amat menjengkelkan, seolah-olah jasa bakti dihulurkan tidak bermakna jika tiada kilauan flash kamera dan laporan muka depan.

Ia menimbulkan persoalan, apakah pemimpin seperti ini tidak cukup belajar daripada kesilapan terdahulu? Apakah mereka begitu dangkal dalam berfikir hingga tergamak melakar publisiti menjelikkan seperti ini?

Seramai 270 orang mangsa 64 keluarga yang ditempatkan Pusat pemindahan sementara di Dewan Samudera SMK Pulau Indah. - Gambar oleh Alif Omar
Seramai 270 orang mangsa 64 keluarga yang ditempatkan Pusat pemindahan sementara di Dewan Samudera SMK Pulau Indah. - Gambar oleh Alif Omar

Lengkap berbaju Melayu sedondon bersamping, tidak ada mulut yang memuji malangnya.

Majoriti netizen yang melihat hantaran itu di media sosial masing-masing rancak mencemuh, tidak kurang mempersoalkan ‘kewarasan’ pihak berkaitan dan pegawai menyelenggara dalam berfikir.

Apakah tidak ada masa lebih sesuai untuk majlis seumpama itu diadakan? Apa perlunya ia dilakukan tatkala negara berdepan situasi yang cukup genting?

Golongan marhaen bermandi lumpur dan selut untuk membantu, dan pemimpin nan satu ini masih segak di atas pentas.

Sungguh, ia sukar diterima akal.

#DaruratBanjir Dan #BenderaPutih

Belajar daripada pengalaman lalu, rakyat Malaysia sekali lagi bangkit, menggerakkan kempen bantuan secara maya sebelum sama-sama turun ke lapangan.

Media sosial termasuk Twitter dipenuhi hantaran seumpamanya, termasuk barisan nombor yang boleh dihubungi untuk meminta bantuan.

Nun jauh dari Utara, sekumpulan rakyat berhati mulia tidak ketinggalan mengatur gerak.

Bersama bot dan kayak milik peribadi, mereka memulakan perjalanan ke selatan berbekalkan satu tujuan yang cukup mulia, membantu mangsa yang masih terkandas.

Penduduk Malaysia kembali bersatu, mengenepikan apa juga perbezaan yang melatari kehidupan masing-masing sebelum ini.

ATM menjalankan usaha menyelamatkan mangsa banjir di sekitar Bukit Lanchong Shah Alam. - Gambar oleh Alif Omar
ATM menjalankan usaha menyelamatkan mangsa banjir di sekitar Bukit Lanchong Shah Alam. - Gambar oleh Alif Omar

Semuanya dilakukan demi rasa kemanusiaan, bahkan sentimen itu turut dikongsi pendatang asing yang mendiami negara bertuah ini bagi mencari rezeki.

Terpampang di media sosial, beberapa mangsa diselamatkan oleh warga asing, termasuk dari Indonesia dan Myanmar yang menggunakan kepakaran ikhtiar hidup masing-masing.

Ketika ini juga aset Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sudah mula turun padang.

Tanpa publisiti meluas, mereka meredah masuk kawasan berbahaya bagi menyelamatkan mangsa untuk dipindahkan ke PPS.

Senario ini bagaikan mengimbas kembali kempen #BenderaPutih yang menggegarkan negara beberapa bulan lalu, sewaktu kerajaan mengumumkan sekatan penuh Perintah Kawalan Pergerakan (PKPP buat kali ketiga.

Ketika ada pihak mengkritik keras dan mengecam usaha dijalankan itu, sekurang-kurangnya ia berhasil menyuap ratusan mulut yang kelaparan.

Haiwan Juga Korban Banjir

Misi bantuan digerakkan rakyat ternyata tidak hanya terbatas untuk sesama manusia, apabila ia turut diperluaskan kepada usaha menyelamatkan haiwan peliharaan yang terpaksa ditinggalkan pemilik masing-masing.

Bencana bukan sekadar meragut nyawa manusia, tetapi turut menjadikan haiwan sebagai korban.

Ratusan kucing dan anjing, sama ada jalanan atau bertuan ditemui maut ditelan air banjir.

Penemuan menyedihkan itu dibuktikan menerusi beberapa keping foto yang dikongsi di media sosial dan ia amat meruntun hati.

Barangkali selepas ini misi bantuan boleh turut melibatkan sukarelawan khas untuk menyelamatkan haiwan berkenaan, yang jelas tidak berdaya apabila ditimpa bencana.

Walaupun jumlah yang boleh diselamatkan mungkin tidak seberapa, sekurang-kurangnya ia sudah cukup membantu.

#RakyatJagaRakyat, #KitaJagaKita

Apa pun ketika ini, misi menyelamat masih diteruskan kerana ada kawasan seperti Taman Sri Muda di Shah Alam misalnya, masih dalam keadaan yang amat kritikal.

Bersulam bantuan dihulurkan kerajaan (yang sepatutnya sudah digerakkan lebih awal), usaha ini diharapkan mampu menjejak semua mangsa terkesan, sebelum keadaan lebih buruk berlaku.

Dalam keadaan negara masih berdepan penularan COVID-19, segalanya perlu dilakukan dengan begitu berhati-hati kerana jangkitan virus boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja.

Sukarelawan mengagihkan makanan kepada mangsa banjir. - Gambar oleh Syeda Imran
Sukarelawan mengagihkan makanan kepada mangsa banjir. - Gambar oleh Syeda Imran

Rakyat ialah benteng negara ketika ini.

Sama seperti #BenderaPutih, pada akhirnya mereka juga yang menjadi tulang belakang #DaruratBanjir, menjaga sesama sendiri.

Hanya jauhari mengenal manikam dan jelas di sini, cuma marhaen juga yang mengerti rintihan dan derita ditempuh golongan senasib.

Mengharapkan pemerintah, mereka hanya dibilang ‘jangan risau’ atau dihidang dengan kisah bermalas-malas di cuaca yang ‘nyaman’.  Getaran, 20 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 bulan yang lalu

Aksi Tesla Model Y Redah Banjir Di Dubai

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Meningkat Lebih 1,000

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Mangsa Banjir Sarawak Terus Meningkat

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Malaysia Bakal Teroka Kaedah Baharu Termasuk Teknologi AI Atasi Banjir - Ahmad Zahid

Sorotan

1

Sharul Aimy Lakar Sejarah, Raih Pingat Sulung Negara Pada Kejohanan Asia

2

2 Gol Penang FC Batal, Akur Seri 0-0 Dengan Terengganu

3

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

4

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

5

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

6

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

Kematian Presiden, Menteri Luar Iran: Anwar, Mohamad Zahir Perasaan Duka

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Belum Sempat Sampai Rumah Dari KLIA, Suami Sarjan Faridah Terima Berita Pemergian Isteri

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Mayat Pemancing Lemas Di Empangan Tasik Pedu Ditemukan

Luar Negara 10 jam yang lalu

Bulan Sabit Merah Iran Sahkan Penemuan Helikopter Presiden Raisi Yang Terhempas