web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tanah Runtuh, Warga Emas Cedera, 4 Rumah Musnah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 12:20PM

Keadaa kawasan sekitar selepas kejadian tanah runtuh. - Gambar sumber FB Roslay Raffie

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang warga emas cedera selepas dilanda tanah runtuh di Jalan Palimbayan Indah, Kampung Sungai Penchala awal pagi tadi.

Komander Operasi Kanan, Penguasa Kanan Bomba 2, Khairul Azuwan Ibrahim berkata, pihak bomba menerima laporan pada jam 1.22 pagi berkata, insiden berkenaan turut merosakkan empat buah rumah.

“Kita menemui seorang wanita warga emas berusia lingkungan 70-an dalam keadaan tubuhnya tertimbus sehingga ke paras pinggang.

“Mangsa berjaya diselamatkan, tetapi mengalami kecederaan di bahagian kaki dan dihantar ke PPUM menggunakan kenderaan EMRS bomba untuk rawatan,” katanya di sini.

Menurut beliau, operasi menyelamat itu turut disertai lapan anggota Angkatan Pertahanan Awam (APM), 11 anggota polis serta tiga petugas Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

“Seramai 15 pegawai dan anggota bersama tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Taman Tun Dr Ismail serta BBP Sri Hartamas ke lokasi untuk operasi mencari dan menyelamat,” katanya.

Khairul Azuwan berkata, lokasi berkenaan kemudiannya ditutup atas faktor keselamatan.

“Operasi ditamatkan selepas bomba mendapati tiada lagi bahaya dikesan di kawasan sekitar,” katanya. - Getaran, 20 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Emas Rugi Lebih RM200,000 Terpedaya Skim Pelaburan Tidak Wujud

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Warga Emas Maut Dipercayai Dibunuh Anak OKU Mental

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Akauntan Rugi Lebih RM2.2 juta Diperdaya Sindiket Pelaburan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Tanah Runtuh Papua New Guinea: Malaysia Sedia Bantu - Anwar

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad