web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kami Bantu Mangsa Banjir Lembah Klang Untuk Balas Budi

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Dec 2021 11:38AM

Gambar kereta Myvi yang membawa bot di bumbung untuk membantu mangsa banjir.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Kami bantu sebab dulu masa kami di utara kena musibah, ramai penduduk dari Lembah Klang datang membantu dan memberi sumbangan, kali ini kami nak balas jasa anda semua.”

Itu kata-kata seorang individu menggunakan nama Roy Razman ketika memberi respon kepada hantaran Muhsin Zaidi di Facebook yang menzahirkan tahniah kepada rakyat negara ini kerana sanggup menempuh perjalanan jauh demi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir besar di Lembah Klang, sejak dua hari lalu.

Menerusi hantarannya, Muhsin yang menetap di Selangor mengatakan beliau terlihat banyak kenderaan persendirian dari arah utara menghala ke selatan sambil membawa bot.

“Sepanjang jalan atas lebuh raya PLUS dari Ipoh menuju selatan, banyak nampak kereta persendirian bawa bot. Ada yang tarik, ada guna lori, atas bumbung kereta pun ada. Semua menuju ke Lembah Klang. Plat luar semua yang datang bawa bot.

“Tahniah rakyat Malaysia yang prihatin, ‘travel’ jauh-jauh nak tolong mereka yang terkandas. Orang Malaysia ni ramai lagi yang baik-baik dan penyayang,” katanya.

Muhsin turut memuatnaik gambar sebuah kereta jenis Myvi membawa bot di atas bumbung dikongsikan pelayar yang kebetulan dilihatnya di lebuh raya.

“Ini Myvi yang saya nampak atas lebuh raya tadi. Memang ‘salute’ habis.

“Tak perlu tunggu orang suruh, tak payah cerita hal upah, tak payah nak bincang-bincang. Nampak orang susah, kebetulan ada bot, tak ada cakap banyak, pek barang sikit, terus jalan je.

“You guys are the real unsung heroes (anda semua hero tidak didendang yang sebenar),” katanya.

Perkongsian Muhsin dan maklum balas diberikan Roy tular di media sosial dengan menerima ribuan tanda suka dan respon daripada netizen.

Mereka turut mendoakan semoga usaha dan pengorbanan membantu mangsa banjir itu menerima ganjaran pahala sebaik-baiknya.

“Alhamdulillah, terharu rasa, semoga perolehi ganjaran pahala yang setimpal dengan keikhlasan saudara,” kata seorang individu, Nordin Kahar.

“Semoga dipermudahkan segala urusan mereka yang membantu, murah rezeki dan sentiasa dalam rahmat Allah swt,” komen Puan Maizatul Akma Ismail.

“Terharu, tiba-tiba rasa mata masuk habuk, walaupun kami kebanyakan masih selamat dari banjir, kami ambil tahu isu semasa dan tak putus doakan bagi yang terkena musibah, respek,” respon Nur Qaseh.

Selain itu, Facebook Zayan, milik stesen radio tempatan berkongsi ciapan dan gambar dimuatnaik di Twitter Kulup Kudin, mengenai inisiatif murni seorang individu dari Melaka dikenali Abang Azwan yang membawa bot untuk memberi bantuan kepada mangsa banjir di Shah Alam dan Puchong.

“Abang Azwan ini datang dari Melaka bawa bot dia untuk turun bagi bantuan dekat Shah Alam pagi tadi (semalam).

“Lepas itu, dia turun ‘backup’ di Puchong dan sekarang dia nak ke Taman Sri Muda, Shah Alam pula untuk bantu mangsa di sana,” menurut Facebook Zayan.

Hantaran dimuatnaik stesen radio itu sejak 10 jam lalu, menerima 19,000 tanda suka, 1,300 komen dan 9,000 perkongsian setakat ini.

Banjir besar yang melanda Lembah Klang sejak kelmarin susulan hujan berterusan mulai Khamis lalu, mengakibatkan Kuala Lumpur dan Selangor hampir lumpuh.

Antara kawasan terjejas teruk adalah Shah Alam, khususnya penduduk di Taman Sri Muda (Seksyen 25) yang menyaksikan ada segelintir mangsa masih belum berjaya diselamatkan, malah terperangkap apabila kediaman mereka dinaiki air melepasi paras kepala sejak kira-kira 48 jam lalu, memaksa penghuninya naik ke tingkat atas rumah atau bumbung.

Keadaan itu juga menyebabkan mereka menempuh siang dan malam tanpa bekalan elektrik serta makanan sepanjang tempoh terbabit.

Mereka turut terputus hubungan dengan pihak luar dan keluarga masing-masing di luar kawasan selepas gagal dihubungi, dipercayai kerana kehabisan bateri telefon bimbit.

Situasi banjir di Shah Alam itu menyebabkan laluan utama keluar dan masuk daerah berkenaan ditutup akibat dinaiki air.

Keadaan itu menyaksikan ribuan kereta tersadai di sepanjang jalan serta lebuh raya sejak kira-kira 3 petang kelmarin.

Getaran difahamkan, beberapa laluan sudah dibuka secara berperingkat dan kenderaan semakin bergerak lancar bermula awal pagi ini.

Ribuan mangsa di sekitar Lembah Klang juga terpaksa dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar kawasan berhampiran akibat kediaman mereka dinaiki air dan terjejas teruk. - Getaran, 20 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 54 minit yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 6 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 8 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad