web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mangsa Banjir Di PPS Akan Disaring, Elak Kluster COVID

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 9:22PM

Keadaan di PPS Pulau Indah hari ini. - Gambar Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mangsa banjir yang bergejala, berisiko atau positif COVID-19 akan diasingkan di pusat kuarantin bagi mengelakkan penularan jangkitan kepada orang lain, kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin.

Khairy berkata di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), di Pusat Pemindahan Sementara (PPS), mangsa banjir akan disaring terlebih dahulu untuk mengesan jika mempunyai gejala dan faktor risiko COVID-19 sebelum boleh memasuki PPS.

Semua mangsa banjir akan disaring terlebih dahulu untuk mengesan jika mempunyai gejala dan faktor risiko COVID-19 sebelum boleh memasuki PPS.
Semua mangsa banjir akan disaring terlebih dahulu untuk mengesan jika mempunyai gejala dan faktor risiko COVID-19 sebelum boleh memasuki PPS.

"Kes positif COVID-19 akan diisolasi di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 berisiko rendah (PKRC) atau PPS Khas atau dirujuk ke hospital mengikut keperluan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata kontak rapat atau individu di dalam pengawasan (PUS) pula akan dikuarantin di PPS Khas atau PPS yang sama tetapi di blok berlainan, manakala individu yang bergejala juga akan dikuarantin.

Keadaan banjir di beberapa negeri semakin buruk dengan jumlah mangsa di PPS terus meningkat, dan Selangor mencatat bilangan mangsa paling tinggi, setakat petang ini.

Seorang petugas di PPS Pulau Indah menyerahkan pelitup muka kepada mangsa banjir yang dipindahkan ke situ.
Seorang petugas di PPS Pulau Indah menyerahkan pelitup muka kepada mangsa banjir yang dipindahkan ke situ.

Dalam pada itu, Khairy berkata dua Klinik Kesihatan (KK) di Selangor iaitu KK Pelabuhan Klang dan KK Pulau Indah terjejas akibat banjir dan tidak dapat beroperasi.

"Kementerian Kesihatan (KKM) akan memaklumkan klinik alternatif berhampiran sekiranya klinik-klinik kesihatan itu masih tidak dapat beroperasi pada Isnin," katanya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar sentiasa berwaspada sekiranya berada di kawasan yang berisiko banjir dan mematuhi arahan pihak berwajib, khususnya keperluan untuk berpindah awal.

Katanya orang ramai yang terlibat juga perlu maklumkan status risiko COVID-19 kepada agensi tindak balas sekiranya disahkan positif COVID-19 atau dikenal pasti sebagai kontak rapat agar tindakan sewajarnya dapat diambil semasa proses pemindahan dan penyelamatan.

"Sentiasa patuh kepada SOP dan amalan norma baharu semasa proses pemindahan dan sepanjang tempoh berada di PPS, sentiasa memakai pelitup muka, amalkan penjarakan fizikal dan maklumkan kepada petugas atau pasukan perubatan di PPS sekiranya mengalami gejala COVID-19.

"Elakkan berkumpul beramai-ramai dalam kalangan mangsa banjir dan amalkan mencuci tangan menggunakan hand sanitizer atau sabun terutama apabila pergi ke tempat menjadi guna sama seperti tandas," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 6 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 jam yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 54 minit yang lalu

Masuk Universiti Guna ‘Pintu Belakang’, ADUN Jitra Didakwa Di Mahkamah

oleh Sophia Ahmad