Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Hentikan Komen Sensitif, Netizen Simpati Nasib Bapa Hilang Isteri, 8 Anak

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Dec 2021 7:52PM

Abdul Razak kehilangan isteri dan lapan orang anaknya dalam kemalangan lewat malam tadi. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Insiden ngeri yang meragut nyawa 10 individu termasuk sembilan beranak di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) USJ, Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) menghala ke Shah Amam, malam tadi ternyata meruntun hati orang ramai.

Menerusi tinjauan di media sosial, majoriti netizen melahirkan rasa sedih dan simpati dengan nasib menimpa Abdul Razak Majit, 50, yang kehilangan isteri dan lapan anaknya dalam nahas tersebut.

“Innalillahiwainnailaihiroji'un. Seorang suami dan ayah kehilangan isteri dan semua anak-anak tercinta sekaligus. Al-Fatihah, semoga terus kuat menghadapi ujian dariNya. Takziah untuk keluarga,” kata Suriati Rosli.

“Aku yang bukan siapa-siapa ini menangis ya Allah. Lapan orang anak dia sekaligus mati kena langgar lori. Asbab kereta rosak kemudian treler langgar masa dia park dekat lorong kecemasan. Allah lembik lutut rasa walaupun aku bukan siapa-siapa,” kata Naa Daisy.

“Penutup cerita 2021 yang sedih. Al-Fatihah, semoga arwah ditempatkan di kalangan orang-orang beriman,” kata Apeck Surf.

Seorang netizen dikenali sebagai Noraini Syafika pula mengakui, sering berasa takut melihat lori yang dipandu dengan laju.

“Bila duduk belakang kita kemain dekat yang amat. Salam takziah buat keluarga mangsa. Mungkin ini asbab mereka ke syurga,” katanya.

Seorang lagi warganet yang dikenali sebagai Abdul Haniff Mohamad Yahaya pula mendedahkan, dia kerap terserempak dengan beberapa lori besar yang dipandu melebihi had laju ditetapkan.

“Sejak habis Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini saya lihat lori-lori besar dah tak guna lane kiri. Diaorang bantai lane tengah dan kadang-kala lane kanan.

“Kita dah bawa 110 kilometer (km) perjam kat lane tengah tapi diaorang cucuk kita dari belakang. Dekat belakang lori tertera had laju 90 km perjam. Dah tak terpakai lagi ke undang-undang tu. Ke dah sama macam kereta 110 km perjam?” soalnya.

Susulan itu, Abdul Haniff menggesa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan polis trafik agar mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemandu lori yang memandu secara melulu sehingga membahayakan nyawa pengguna jalan raya lain.

“Tolonglah JPJ dan polis trafik. Dalam minggu ni dah dua kes macam ni. Hari tu kat Perai (bas terbabas langgar tiga kereta). Ini kat USJ pula,” katanya.

Seorang wanita yang dikenali sebagai Linda turut menggesa kerajaan untuk mengenakan hukuman lebih tegas terhadap pemandu kenderaan berat yang menyebabkan kematian dalam nahas ngeri.

“Sampai bila kita nak baca lagi berita sedih begini. Sudah tiba masanya kena ada akta lebih keras untuk menghukum pesalah,” katanya.

 Sementara itu, seorang pengguna Facebook, Ummu Razin menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang komen yang bersifat sensitif terhadap keluarga mangsa nahas terbabit.

“Bersangka asbab kematian. Tadi terbaca post mengenai suami kehilangan isteri dan lapan anak. Tapi orang yang post tu tulis, jangan duduk dalam kereta ketika kereta rosak.

“Boleh tak sekiranya kita jangan buat post nak educate orang dengan share mengenai kematian? Dia tak ada empati tau sebenarnya. Jika si suami tu baca, aku yang suruh diaorang duduk dalam kereta sebab hujan. Tapi kena langgar lori. Rasa-rasa orang tu akan rasa bersalah seumur hidup tak,” katanya, berang. - Getaran, 18 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 hari yang lalu

Anak Perempuan KPD Lahad Datu Ditemui Maut, Berlumuran Darah Dalam Bilik

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Memandu Secara Berbahaya, Kontraktor Didakwa Sebabkan Kematian 2 Beradik

3

Luar Negara 2 minggu yang lalu

Israel 'Tidak Melakukan Secukupnya Untuk Melindungi Pekerja Bantuan' Di Gaza - Biden

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Orang Ramai Diminta Henti Perbuatan Hina Agama Di Media Sosial - Mohd Naim

Sorotan

1

Jenazah Tun Hanif Omar Selamat Dikebumikan Di Bukit Kiara, Sebelah Pusara Anaknya

2

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

3

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

4

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

5

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

6

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

Disyorkan untuk anda

Semasa 57 minit yang lalu

Pusat Jantung Negara Sabah Bakal Jadi Fasiliti Kedua Terbesar Selepas IJN

oleh Fida Ruzki

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Kesal UNSC Gagal Iktiraf Palestin Sebagai Anggota Penuh PBB

oleh Wartawan Getaran

Semasa 5 jam yang lalu

Tembakan Di KLIA: Pengawal Keselamatan Terima Penghargaan

oleh Wartawan Getaran