web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Anwar Redah Banjir Jumpa Penduduk Terjejas Di Port Dickson

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 2:34PM

Anwar (dua kanan) meninjau beberapa kawasan di Port Dickson yang dilanda banjir akibat hujan lebat sejak semalam. - Gambar dari Twitter Anwar Ibrahim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berada di Port Dickson hari ini bagi meninjau beberapa kawasan yang dilanda banjir akibat hujan lebat sejak semalam.

“Saya turut bertemu dengan mangsa-mangsa banjir di Taman Desa Permai, Sri Tanjung.

“Saya telah arahkan bantuan segera diberikan kepada mangsa-mangsa banjir bagi meringankan beban mereka,” katanya menerusi satu hantaran di Twitter, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut melihat keperluan untuk membina sistem tebatan banjir bagi memastikan bencana ini dapat dielakkan pada masa hadapan.

Menerusi beberapa keping gambar yang dikongsi Ahli Parlimen Port Dickson itu, Anwar dilihat meredah banjir bersama beberapa individu di kawasan terjejas.

Beliau yang menggunakan but berwarna kuning turut tidak ketinggalan meluangkan masa berbual dengan mangsa.

Hujan lebat yang berterusan sejak semalam mengakibatkan beberapa negeri dilanda banjir.

Tidak terkecuali penduduk di Kampung Jalan Kebun, Seksyen 30, Shah Alam yang cemas apabila kawasan kediaman mereka dilanda banjir terburuk sejak lebih 20 tahun lalu.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, sehingga kini sebanyak 33 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di tiga daerah iaitu Klang, Kuala Langat dan Sepang.

“Kerajaan negeri sedang mengerakkan semua agensi berkaitan dengan kerjasama PBT dan PDT untuk memindahkan mangsa dan memberi bantuan kecemasan segera,” katanya menerusi satu hantaran di Twitter.

Dalam pada itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan, seramai 1,766 mangsa di lima negeri terlibat dengan banjir setakat pukul 8 pagi tadi.

Jurucakap NADMA berkata, kesemua mangsa terdiri daripada 428 keluarga di Selangor, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Melaka.

Katanya, sehingga kini terdapat 46 PPS disediakan di 12 daerah terlibat. - Getaran, 18 Disember 2021

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

3

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

4

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

5

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

6

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 5 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar