web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Banjir Terburuk, Penduduk Tabah Terima Dugaan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 2:25PM

Dua penduduk di kawasan Meru, Klang, terpaksa mengharungi banjir untuk ke PPS yang disediakan. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hati mana yang tidak sedih tatkala menyaksikan kediaman serta harta benda rosak akibat banjir, tapi apakan daya, musibah datang tanpa diduga.

Banjir yang melanda sejumlah besar kawasan di Selangor benar-benar memberi kesan terhadap Luqman Al Fudail Abdul Karim, 35, apabila banyak barangan keperluan harian rosak dimasuki air.

Ejen Takaful itu berkata, ini adalah banjir terburuk pernah dialami sepanjang mendiami kawasan perumahan berkenaan.

 “Taman Bukit Kemuning sudah ditenggelami air. Kawasan Taman Bukit Kemuning memang dah biasa banjir namun  kali ini adalah paling teruk dalam sejarah.

“Banyak barang terjejas. Memang tak ingat untuk alihkan barang sebelum balik kampung terutama sekali buku sekolah anak-anak. Akibatnya peti ais, sofa, meja, televisyen, mesin basuh dan banyak lagi barangan keperluan lain turut rosak,” katanya ketika dihubungi Getaran.

Rumah Luqman di Taman Bukit Kemuning ditenggelami air menyebabkan banyak barang keperluan harian rosak. - Gambar ihsan Luqman
Rumah Luqman di Taman Bukit Kemuning ditenggelami air menyebabkan banyak barang keperluan harian rosak. - Gambar ihsan Luqman

Menurutnya, kerajaan Selangor wajar dapat memberikan bantuan supaya sedikit sebanyak dapat mengurangkan beban ditanggung semua mangsa. 

Seorang lagi mangsa, Mohamed Hilmi Zulkifli, 35, turut berkongsi pengalaman yang sama.

Keadaan di dalam rumah Mohamed Hilmi Zulkifli yang dinaiki air di Bandar Puteri Klang. - Gambar ihsan Mohamed Hilmi
Keadaan di dalam rumah Mohamed Hilmi Zulkifli yang dinaiki air di Bandar Puteri Klang. - Gambar ihsan Mohamed Hilmi

Penjawat awam itu berkata, semua kenderaan seperti motosikal dan kereta di taman sekitar Bandar Puteri Klang telah ditenggelami air, malah bekalan elektrik juga terputus sejak malam tadi di kawasan berkenaan.

“Semua harta benda kami punah, tiada harapan untuk diselamatkan lagi. Mujur juga rumah kami dua tingkat jadi kami sekeluarga menunggu di tingkat atas sementera menunggu bantuan sampai.

“Seumur hidup saya, inilah bencana banjir paling teruk yang pernah kami hadapi setakat ini. Sebelum ini banjir hanya setakat di paras lutut sahaja dan tidak sampai sehari air mulai surut tetapi situasi sekarang pula berbeza," katanya.

Jelas Hilmi, dia menjangkakan keadaan hanya pulih sekitar sehari dua lagi, memandangkan hujan masih melanda tanpa henti.

Sebanyak 17 PPS dibuka di Selangor berikutan hujan lebat sejak semalam. - Gambar Sadiq Asyraf
Sebanyak 17 PPS dibuka di Selangor berikutan hujan lebat sejak semalam. - Gambar Sadiq Asyraf

Sementara itu, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, sebanyak 17 buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka di Selangor berikutan hujan lebat tanpa henti sejak jam 2 petang semalam.

Menurut beliau,  sukarelawan Team Selangor dan Selangor Volunteer (SERVE) juga sedang digerakkan bagi mengedarkan bantuan kepada mangsa banjir di beberapa kawasan penempatan, khususnya di Pelabuhan Klang.

“Antara lokasi PPS  bagi menempatkan mangsa banjir di sekitar Selangor ialah, Masjid Al Islah, Sekolah Kebangsaan (SK) Telok Gong, SK Johan Setia, SK Sungai Bijai, SK Jalan Kebun, Sekolah Menengah Kebangsaan Pulau Indah, Balai Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) Sungai Pinang.

"Balai MPKK Perigi Nanas, Balai MPKK Bukit Naga, Balai MPKK Kampung Lombong, Balai MPKK Sungai Pinang dan Dewan MPKK Kampung Delek," katanya menerusi ciapan di Twitter.

Turut dijadikan PPS ialah Sekolah Rendah Agama (SRA) Pulau Indah, SRA Padang Jawa Klang, SRA Sungai Serdang dan SRA Kampung Delek.

Amirudin berkata, kerajaan negeri akan terus memantau keadaan semasa dan membuka lebih banyak pusat pemindahan sekiranya perlu. - Getaran, 18 Disember 2021.

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

3

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

4

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

5

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

6

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 minit yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad