web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


3 Lukisan Bertuah Diabadikan Pada 10,000 Sut PPE

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 1:08PM

Susu Goodday mengabadikan karya lukisan pada sut PPE, hasil lukisan 3 kanak-kanak yang memenangi peraduan Goodday Happee PPEs sempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia tahun ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kekurangan stok sut pelindung diri (PPE) ketika negara diancam wabak COVID-19 yang meruncing pada April tahun lalu, mendorong orang ramai menghasilkan peralatan penting itu untuk digunakan petugas barisan hadapan.

Pelbagai PPE dihasilkan bagi menghargai usaha petugas barisan hadapan yang bertungkus-lumus ‘berperang’ dengan wabak berbahaya itu.

Begitupun sudah menjadi kebiasaan, kanak-kanak akan merasa pelik dan takut melihat sut PPE yang menutupi seluruh tubuh badan termasuk muka serta kepala.

Bagi menangkis stigma negatif berkaitan sut PPE dalam kalangan golongan tersebut, jenama susu Goodday telah mengabadikan tiga karya lukisan menarik yang terpilih dalam peraduan Goodday’s Happee PPEs pada sut berwajah baharu itu.

Benarlah kata pepatah, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. 

Hasil lukisan Auni Maisarah Mustaffa Kamal, 10, Audrey Chua Ee Xin, 5, dan Choong Xin Yu, 7, telah terpilih untuk dicetak pada 10,000 unit sut PPE yang akan digunakan petugas barisan hadapan semasa merawat pesakit COVID-19 di seluruh negara.

Ketiga-tiga mereka dinobatkan sebagai pemenang hadiah utama bagi peraduan melukis Goodday Happee PPEs yang berlangsung pada 25 Oktober hingga 14 November lalu bersempena sambutan Hari Kanak-Kanak Sedunia tahun ini.

Di atas kejayaan itu, kesemua pemenang berkenaan menerima hadiah dana pendidikan bernilai RM10,000 setiap seorang.

Mengambil kira sambutan luar biasa bagi peraduan itu, susu Goodday turut menghadiahkan wang tunai RM500 kepada 10 pemenang hadiah sagu hati.

Lukisan tersebut bukan sahaja mengetengahkan bakat kreatif dalam kalangan kanak-kanak tetapi menceriakan pesakit ketika menghadapi tempoh sukar.

Malah warna-warna terang yang digunakan itu turut menterjemahkan inisiatif susu Goodday untuk menghilangkan stigma menakutkan yang berkait rapat dengan PPE dalam kalangan kanak-kanak.

Pek Kuan (tiga dari kiri) menyerahkan set PPE yang dicetak lukisan tiga pemenang peraduan Goodday’s Happee PPEs kepada Ariesza di Hospital KPJ Damansara, baru-baru ini.
Pek Kuan (tiga dari kiri) menyerahkan set PPE yang dicetak lukisan tiga pemenang peraduan Goodday’s Happee PPEs kepada Ariesza di Hospital KPJ Damansara, baru-baru ini.

Menyebarkan kebaikan menerusi minuman berkhasiat mereka, susu Goodday mempamerkan tiga lukisan bertuah itu pada sut PPE yang diserahkan kepada Ketua Pegawai Korporat KPJ Healthcare Berhad, Ariesza Noor di Hospital KPJ Damansara, baru-baru ini.

Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn Bhd, Yee Pek Kuan berkata kesihatan adalah perhatian utama bagi semua orang tetapi masih ada kanak-kanak yang dibelenggu perasaaan takut ketika bertemu dengan kakitangan kesihatan yang memakai sut PPE.

“Tidak dinafikan kanak-kanak cenderung menjadi takut dan bimbang apabila melihat petugas barisan hadapan memakai PPE. Ia seolah-olah memberi stigma negatif berkaitan sut PPE.

“Namun peraduan Goodday’s Happee PPEs membolehkan kanak-kanak menyebarkan keceriaan kepada rakan sebaya mereka yang terlantar di hospital supaya jangan takut dikelilingi petugas tersebut,” katanya.

Beliau turut berterima kasih kepada semua peserta yang menunjukkan keterujaan mereka melalui kempen bermakna itu.

“Bagi pihak susu Goodday, tahniah diucapkan kepada tiga pemenang hadiah utama dan tidak dilupakan juga, 10 pemenang saguhati.

“Kami berharap rakyat Malaysia dari semua peringkat umur akan terus bersatu dalam mengharungi tempoh sukar ini bersama-sama,” katanya.

Pada masa sama, Pek Kuan turut berharap agar rakyat Malaysia terus menyokong kempen dan produk inovatif mereka yang dihasilkan untuk memberi manfaat kepada semua golongan pada masa akan datang.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai inisiatif dan aktiviti susu Goodday pada masa hadapan, sila layari laman Facebook Goodday Milk Malaysia di www.facebook.com/gooddaymilkmalaysia. - Getaran, 18 Disember 2021

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

3

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

4

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

5

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

6

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 minit yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar