web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Hujan Berterusan Sejak Semalam, Beberapa Negeri Dilanda Banjir

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Dec 2021 11:20AM

Pengguna jalan raya terpaksa meredah banjir untuk ke Klang berikutan hujan lebat sejak semalam ketika tinjauan di Jalan Sungai Kandis hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hujan lebat yang berterusan sejak semalam menyebabkan beberapa kawasan rendah di beberapa negeri telah dinaiki air dan jumlah mangsa banjir yang dipindah ke pusat pemindahan sementara (PPS) terus mencatatkan peningkatan pagi ini.

Melaka, Selangor dan Negeri Sembilan menjadi negeri terbaharu yang dilanda banjir selain Kelantan, Pahang dan Terengganu.

Di KELANTAN, jumlah mangsa banjir di negeri itu terus menunjukkan peningkatan apabila seramai 798 mangsa daripada 170 keluarga dipindahkan ke PPS berbanding 735 mangsa daripada 156 keluarga, semalam.

Pegawai Bahagian Pengurusan Bencana dan Operasi Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Kelantan Kapt Mohd Hanif Omar berkata 11 PPS dibuka iaitu tujuh di Kuala Krai, dua di Gua Musang dan masing-masing satu di Jeli dan Tanah Merah.

Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my melaporkan tiga sungai utama di Kelantan berada pada paras bahaya iaitu Sungai Golok di Kampung Jenob, Tanah Merah merekodkan bacaan 24.36 meter (m), Sungai Kelantan di Kampung Jenob, Tanah Merah (24.62 m) dan Sungai Kelantan di Kuala Krai (25.51 m).

Di PAHANG, bilangan mangsa banjir turut meningkat apabila sembilan PPS dibuka awal pagi tadi menjadikan jumlah keseluruhan PPS yang beroperasi sebanyak 25 bagi menempatkan 513 mangsa daripada 137 keluarga di daerah Maran dan Raub.

Menurut Aplikasi Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat kesemua PPS yang baru dibuka terletak di daerah Raub iaitu Masjid Kampung Kuala Semantan, Pusat Kegiatan Wanita Batu Malim, Sekolah Kebangsaan Tersang dan Masjid Baru Kampung Ajai.

Selain itu, Balai Raya Kampung Ria dan Dewan Dato Seriwa Dong, Masjid Kuala Temau, Balai UMNO Kampung Batu Talam dan Dewan Serbaguna Kampung Pia turut dibuka awal pagi ini.

Di TERENGGANU pula, jumlah mangsa banjir kekal tidak berubah dengan 66 mangsa daripada 14 keluarga masih berada di dua PPS pagi ini.

Jabatan Pengairan dan Saliran melalui portal https://publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan hanya satu sungai telah melepasi paras bahaya iaitu Sungai Dungun di Pasir Raja yang merekodkan bacaan setinggi 37.97 meter (m) berbanding paras bahaya 37.5 m.

Sementara itu di SELANGOR, Pengarah Bomba negeri Norazam Khamis memaklumkan seramai 1,011 mangsa banjir di kawasan Telok Gong, Klang dipindahkan ke tiga PPS iaitu di Sekolah Kebangsaan Telok Gong, Masjid Al-Islah dan Masjid Al-Ubudia.

Selain itu, operasi memindah dan menyelamatkan mangsa banjir juga melibatkan kawasan di daerah Kapar, Banting, Pelabuhan Klang, Andalas, Pulau Indah dan Sepang membabitkan jumlah mangsa seramai kira-kira 64 orang termasuk dua keluarga yang kemudian dipindahkan ke PPS berhampiran.

Di NEGERI SEMBILAN, tiga PPS dibuka setakat pagi ini iaitu Balai Raya Jimah Lama dan Balai Raya Permatang Pasir, Port Dickson serta Surau Keru Hilir, Tampin bagi menempatkan 107 mangsa membabitkan 36 keluarga.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Negeri Sembilan Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata sebanyak 21 lokasi dilanda banjir antaranya Kampung Jimah Lama, Batu 6 Kampung Keru dan Darul Widad Linggi.

Dalam pada itu, Pengarah APM Negeri Sembilan Lt Kol (PA) Mohd Syukri Madnor berkata Jalan Sendayan menuju Kampung Jimah Lama, Port Dickson ditutup kepada kenderaan awam berikutan berlaku tanah runtuh sejak awal pagi tadi akibat banjir dan pengguna dinasihatkan menggunakan laluan alternatif melalui lebuh raya.

Di MELAKA, sebuah PPS dibuka di Alor Gajah selepas kawasan tersebut dinaiki air susulan hujan lebat yang melanda daerah itu sejak 3 petang semalam.

Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Melaka Lt Kol (PA) Cuthbert John Martin berkata PPS di Sekolah Kebangsaan (SK) Durian Tunggal itu kini menempatkan 40 mangsa daripada 11 keluarga yang terjejas. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Banjir: 43 Orang Ditempatkan Di 2 PPS Di Perak

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Banjir Sabah: Mangsa Terus Meningkat Kepada 4,458 Orang Petang Ini

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Lebih 4,000 Mangsa Banjir Di Sabah Berlindung Di 32 PPS Setakat Pagi Ini

4

Semasa 6 bulan yang lalu

6,000 Rakyat Malaysia Berjaya Dibawa Keluar Dari Hat Yai

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

3

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

4

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

5

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

6

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad