web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pindaan Akta 342 Hukum Rakyat, Bukti Kerajaan Gagal Urus Pandemik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2021 9:00PM

Gua Eng mempersoalkan mengapa cadangan pindaan itu tidak dibincangkan dalam Jawatankuasa Khas Pengurusan COVID-19 terlebih dahulu sebelum dibentangkan di Parlimen. - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan meningkatkan denda secara drastik menerusi cadangan Pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), dianggap sebagai satu hukuman yang amat keras kepada rakyat.

Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pindaan bagi meningkatkan denda dan kompaun sebanyak RM100,000 untuk individu serta RM1 juta kepada syarikat, selain hukuman penjara sehingga tujuh tahun itu, jelas menunjukkan kerajaan sedang lari daripada tanggungjawab kerana gagal menguruskan pandemik COVID-19.

Menurut beliau, tindakan tersebut juga dilihat seolah-olah meletakkan kesalahan di atas bahu rakyat.

“Pendekatan meminda RUU untuk tujuan itu bukan sahaja salah, malah menonjolkan ketidakcekapan kerajaan.

“Kerajaan tidak sepatutnya mengambil pendekatan menghukum untuk menangani COVID-19, sebaliknya harus melaksanakan langkah pencegahan bersifat rehabilitasi dan mitigasi bagi membendung pandemik ini,” katanya.

Pindaan RUU tersebut dicadangkan kerajaan, selepas kompaun RM1,000 dikenakan sebelum ini kepada individu dan syarikat tidak memadai mengekang perlanggaran prosedur operasi standard (SOP), sehingga ada yang mencetuskan kluster baharu.

Situasi itu juga jelas menunjukkan syarikat terbabit tidak melaksanakan tindakan yang sepatutnya bagi membendung penularan pandemik COVID-19.

Pada masa sama, kompaun serendah itu dianggap tidak memadai kerana syarikat memperoleh keuntungan berlipat kali ganda hingga jutaan ringgit.

Guan Eng berkata, kerajaan seharusnya menunjukkan konsep ‘kepimpinan melalui teladan’ untuk memastikan SOP dipatuhi dengan lebih efektif.

“Penerapan konsep terbabit mampu menghentikan dasar tunggang langgang dan ‘u-turn’ dalam SOP serta menghentikan amalan antara dua darjat dan penyalahgunaan kuasa.

“DAP akan menolak RUU berkenaan yang dijangka dibentangkan pada Isnin, agar rakyat tidak dipertanggungjawabkan dengan sikap tidak adil dan berdepan hukuman keras disebabkan kegagalan kerajaan,” katanya.

Beliau turut mempersoalkan sikap Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kerana tidak memberi penerangan mengapa cadangan pindaan itu tidak dibincangkan dalam Jawatankuasa Khas Pengurusan COVID-19 terlebih dahulu sebelum dibentangkan di Parlimen.

“Sebagai ahli Jawatankuasa Khas Pengurusan COVID-19 yang dipengerusikan Perdana Menteri, kami tidak pernah membincangkan Akta 342 yang bertujuan meningkatkan denda kompaun untuk individu kepada RM100,000 dan syarikat kepada RM1 juta, di samping hukuman penjara sehingga tujuh tahun.

“Apa gunanya jawatankuasa ini jika perkara berkenaan yang sepatutnya dibincangkan langsung tidak pernah dibentangkan dalam mesyuarat, malah tiada sebarang kertas pembentangan berhubung perkara terbabit di mesyuarat lepas,” katanya.

Selain itu, Guan Eng menyifatkan penangguhan untuk membahaskan RUU terbabit sehingga Isnin minggu depan sebagai taktik licik kerajaan dalam  mengelakkan sebarang kesan politik negatif ke atas Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak esok.

“Jika RUU ini diluluskan kerajaan semalam, maka Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan berdepan bantahan daripada pengundi.

“Jadi, selepas hari mengundi esok, kerajaan boleh menyambung semula untuk meluluskan RUU ini yang tidak memihak kepada kepentingan rakyat,” katanya. - Getaran, 17 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

2

Kisah Kita 2 tahun yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

3

Semasa 2 tahun yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

4

Semasa 2 tahun yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

3

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

4

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

5

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

6

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 minit yang lalu

Rogol Anak Kandung Hingga Hamil, Bapa Syaitan Dipenjara 39 Tahun, 10 Sebatan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 minit yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar