Berita Terkini

17 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


MAIWP Agih Zakat RM587 Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Dec 2021 4:09PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sejumlah RM587 juta zakat sudah diagihkan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) sejak Januari hingga Oktober lalu.

Dalam teks khutbah Jumaat yang dibacakan hari ini, jumlah terbabit termasuk agihan menerusi skim bantuan berdasarkan pelbagai sektor kebajikan, perlindungan, pendidikan, perubatan, perniagaan dan keusahawanan di samping pembangunan ummah.

“Antara skim bantuan zakat tersebut ialah Skim Pembangunan Asnaf seperti bantuan kewangan bulanan, bantuan khairat kematian, bantuan perubatan, bantuan musibah dan lain-lain.

“Skim perlindungan turut disediakan kepada asnaf iaitu bantuan deposit sewa rumah, bantuan membina atau membaiki rumah serta bantuan deposit pembelian rumah kos rendah,” kata petikan khutbah Jumaat hari ini bertajuk ‘Ibadah Zakat Membangunkan Asnaf’ yang diterbitkan Cawangan Khutbah dan Latihan Bahagian Pengurusan Masjid, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Menurut khutbah itu, Skim Bantuan Pendidikan turut disediakan MAIWP dalam memastikan pendidikan anak-anak asnaf tidak terabai, merangkumi bantuan am persekolahan, pelajaran Institut Pengajian Tinggi (IPT), tuisyen, peralatan serta kecemasan persekolahan.

“Sememangnya, MAIWP juga memainkan peranan dalam membantu para asnaf untuk keluar daripada jurang kemiskinan dengan mewujudkan Skim Ekonomi, antaranya bantuan perniagaan, bantuan deposit sewa beli teksi dan bantuan membeli motosikal Orang Kurang Upaya (OKU),” katanya.

Sementara itu, menurut teks berkenaan, MAIWP turut menyalurkan zakat berjumlah melebihi RM27 juta bagi meningkatkan pembangunan serta prasarana umat Islam.

Pada masa sama, pemberian zakat juga telah diagihkan menerusi institusi pendidikan dan kebajikan berjumlah melebihi RM15 juta bagi menjalankan aktiviti dakwah dan kebajikan.

“Pengurusan masjid dan surau serta sekolah rendah agama juga mendapat manfaat zakat bagi tujuan program pengimarahan dan pendidikan kepada anak-anak di sekolah berkenaan.

“Malah, nilai kutipan zakat melebihi RM91 juta telah diagihkan menerusi Al-Wakalah iaitu dasar pengembalian wang zakat oleh MAIWP kepada individu, syarikat, organisasi, majikan dan IPT yang membayar zakat kepada pusat pungutan zakat untuk diagihkan kepada asnaf yang layak,” katanya.

Dalam pada itu, melihat kepada kepentingan menjaga dan memelihara hidup asnaf, bantuan zakat turut disediakan kepada mereka yang baru memeluk Islam dan mendaftar di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan dengan bantuan sebanyak RM3,000 bagi warganegara Malaysia dan RM2,000 untuk warga asing.

“Mereka yang kurang berkemampuan juga boleh memohon bantuan bulanan dan bantuan sewa rumah atau bilik. Kita mengharapkan dengan bantuan yang diberikan, mereka dapat terus istiqamah menjalani kehidupan sebagai muslim,” katanya. - Getaran, 17 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

 MAIS, SPRM Jalin Kerjasama Elak Penyelewengan Wang Sumbangan, Zakat

2

Refleksi 4 bulan yang lalu

Masjid, Surau Laksana Pelbagai Inisiatif Santuni Asnaf

3

Pendidikan 5 bulan yang lalu

MAIWP Agihkan RM3.99 Juta Bagi Bantuan Sewa Kediaman Pelajar Universiti

4

Semasa 6 bulan yang lalu

Bantuan Kepada Golongan Miskin Tegar Perlu Diselaras - Mohd Na'im

Sorotan

1

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

2

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

3

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

4

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

5

Tragedi Helikopter: Kerajaan Perak Akan Bincang Bentuk Bantuan Kepada Waris

6

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

7

Harimau Muda Tutup Kempen Di Qatar Tanpa Sebarang Kemenangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Sultan Selangor Beri Perkenan Pembatalan Sambutan Ulang Tahun TLDM Jumaat Ini

oleh Fida Ruzki

Semasa 1 hari yang lalu

Video Aidilfitri Noor Rahiza Jadi Kenangan, Adik Bersemangat Sambut Raya - Abang

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter - Agong, Permaisuri Zahir Takziah Kepada Keluarga Anggota TLDM

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Nahas Helikopter TLDM: Semua Mayat Mangsa Telah Dikeluarkan