web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tamat Pengajian 10 Pelajar MRSM Mampu Bendung Buli - Alumni MARA

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Dec 2021 6:28PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan tegas Majlis Amanah Rakyat (MARA) menamatkan pengajian 10 pelajar yang terbabit kes buli baru-baru ini, mampu menjadi pengajaran kepada semua pihak bagi memastikan kes itu tidak berulang.

Presiden Badan Permuafakatan Pendidikan MARA Malaysia (MUAFAKAT MARA Malaysia), Datuk Sayed Alfeizal Sayed Ahmad berkata, keputusan berkenaan meskipun dilihat keras, mampu mengelakkan pelajar daripada terbabit dalam kes buli.

“Keputusan penamatan pelajar MRSM akibat kes buli baru-baru ini keras tetapi tegas sebagai hukuman.

“Pengajaran harus diambil oleh semua pihak agar kes sedemikian tidak akan berulang lagi,” katanya menerusi video yang dimuat naik di laman sesawang MARA.

Menurut beliau, MUAFAKAT MARA Malaysia akan terus bekerjasama dengan MARA untuk merangka program bagi pelajar institusi pendidikan itu.

“Program ini dirangka agar mereka bukan sahaja cemerlang akademik, tetapi mempunyai sahsiah yang tinggi,” katanya.

Mengulas mengenai pelantikan warden sepenuh masa, Sayed Alfeizal berkata, usaha itu sememangnya mampu membantu mengurangkan bebanan warden sedia ada.

“Mungkin dengan adanya tambahan seorang warden atau felo sepenuh masa bukan dalam kalangan guru dapat membantu mengurangkan tanggungjawab berat dipikul warden sekarang,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Presiden Persatuan Bekas Pelajar MRSM (ANSARA) Malaysia, Mohd Fadzil Yusof berkata, pihaknya menyambut baik dan menyokong penuh tindakan tegas yang dikenakan ke atas pelajar berkenaan.

Mohd Fadzil Yusof
Mohd Fadzil Yusof

Katanya, tindakan itu diharap akan disusuli dengan langkah jangka panjang bagi membendung masalah buli di MRSM.

Jelasnya, usaha itu juga bagi memastikan sasaran zero bully di MRSM dapat dicapai sepenuhnya.

“Kita berharap agar perkara (buli) ini dapat dikawal dan dibendung.

“ANSARA juga amat berharap agar pihak awam di luar sana dapat mempertimbang dan menilai penularan kes di media sosial terbabit dengan lebih rasional,” katanya.

Ketua Pengarah MARA, Datuk Azhar Abdul Manaf melalui kenyataan media kelmarin mengumumkan, 10 pelajar MRSM Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar yang terbabit kes buli di asrama sekolah itu ditamatkan pengajian, apabila kes berkenaan tular dan menerima kecaman masyarakat.

Tindakan itu diambil selepas penelitian sepenuhnya dijalankan Jawatankuasa Disiplin Bahagian (JDB) MARA yang dibuat berdasarkan kepada garis panduan seperti dinyatakan dalam panduan pengurusan disiplin pelajar MRSM.

Kenyataan media terbabit hangat dibualkan netizen di media sosial, malah kebanyakan mereka memberikan komen yang menyokong tindakan itu serta memuji MARA di atas kredibiliti dalam menjalankan tanggungjawab membendung kes buli. - Getaran, 16 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 8 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

2

Semasa 10 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar