Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Wujud Jawatan Khas Warden Sepenuh Masa Di Asrama Sekolah - CUEPACS

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 9:02PM

CUEPACS mencadangkan supaya jawatan khas warden diwujudkan di setiap asrama sekolah, bukannya disandang secara sambilan atau dipilih dalam kalangan guru. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan dicadang mewujudkan jawatan khas warden di setiap asrama sekolah untuk menjalankan tugas secara sepenuh masa.

Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Adnan Mat, berkata lantikan itu membolehkan penjawat awam terlibat melaksanakan tanggungjawab dengan lebih berkesan tanpa terbabit komitmen kerja lain.

“Warden sedia ada yang dilantik dalam kalangan guru perlu menjalankan beberapa tanggungjawab, iaitu tugasan hakiki sebagai pendidik dan warden pada satu masa dengan elaun tidak setimpal.

“Kita mencadangkan supaya kerajaan wujudkan pengkhususan tugas warden atau lantikan terus kepada mana-mana penjawat awam untuk berkhidmat sebagai warden, bukannya disandang secara sambilan atau dipilih dalam kalangan guru,” katanya.

Adnan berkata, sebelum ini terdapat perjawatan penyelia asrama, tetapi sebahagiannya digabung dengan skim perkhidmatan lain.

Tindakan itu, katanya, menyebabkan tiada fokus utama bagi fungsi jawatan warden dan akhirnya tugas terbabit disandang guru.

Jelasnya, walaupun kebanyakan guru menolak jawatan sebagai warden, ada guru menerima tanggungjawab itu disebabkan semangat dan kasih sayang terhadap pelajar.

Dalam perkembangan lain, Adnan menegaskan, pengeluaran susulan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan memberikan kesan lebih besar terhadap ‘tabung’ masa depan itu, termasuk mengakibatkan pesara memiliki jumlah simpanan terlalu rendah untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Katanya, tidak ada keperluan untuk kerajaan membenarkan pengeluaran KWSP bagi tujuan meringankan bebanan akibat pandemik COVID-19.

“Seperti dinyatakan KWSP, kira-kira 50 peratus ahli yang memiliki simpanan kurang RM10,000 itu hanya boleh berbelanja RM42 sebulan untuk tempoh 20 tahun persaraan.

“Kita tidak mahu kesannya menjadi lebih berpanjangan pada hari tua kelak kerana sepatutnya pesara ini hidup dengan lebih sejahtera,” katanya.

Kerajaan telah membenarkan beberapa siri pengeluaran KWSP kepada rakyat melalui kemudahan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.
Kerajaan telah membenarkan beberapa siri pengeluaran KWSP kepada rakyat melalui kemudahan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra.

Beliau berkata, sehingga kini kerajaan sudah membenarkan beberapa siri pengeluaran KWSP kepada rakyat melalui kemudahan i-Lestari, i-Sinar dan i-Citra dengan jumlah pengeluaran sebanyak RM101.1 bilion.

Jelasnya, pada peringkat awal, CUEPACS sememangnya bersetuju dengan langkah itu kerana mampu memulihkan ekonomi rakyat terkesan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ekoran pandemik.

Wang itu, katanya, sedikit sebanyak memberi kelegaan kepada mereka, termasuk penjawat awam yang mencarum KWSP dan pasangan yang mungkin terjejas.

“Manfaat ini turut dirasai sendiri penjawat awam kerana sejumlah 400,000 ahli aktif KWSP adalah membabitkan pencarum dikategorikan sebagai majikannya adalah kerajaan.

“CUEPACS beranggapan jumlah itu adalah sebahagian daripada penjawat awam yang mungkin memilih skim KWSP, berstatus kontrak atau bekerja di bawah agensi yang berkaitan kerajaan,” katanya.

Bagaimanapun, Adnan berkata, selepas hampir dua tahun negara berdepan COVID-19, ekonomi negara semakin pulih dan kembali berkembang apabila kerajaan tidak lagi mengenakan sekatan ketat kepada sektor berkenaan.

“Matlamat utama KWSP adalah memastikan pekerja mempunyai simpanan mencukupi bagi kegunaan selepas persaraan atau hari tua kelak.

“Jika pengeluaran secara besar-besaran ini terus dilakukan walaupun ekonomi negara kembali pulih, sudah tentu akan menjejaskan matlamat asal KWSP dan kesannya, ramai akan bersara dengan jumlah simpanan terlalu rendah serta mungkin menjadi pesara miskin,” katanya. - Getaran, 15 Disember 2021

Sorotan

1

Mangsa Skim Pelaburan Penipuan Berisiko Hilang Hak Untuk Pulih Kerugian – JSJK

2

SPRM Terima Beribu-ribu Dokumen Semasa Siasatan Kes 1MDB – Pegawai Penyiasat

3

Malaysia Berdepan 30,000 Kekurangan Jurutera, Perlu Tampung Dengan TVET

4

Kerajaan Kelantan Ucap Terima Kasih Kepada PM

5

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

6

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

Disyorkan untuk anda

Politik 6 jam yang lalu

Pendirian Tak Tetap, Wan Ahmad Fayhsal Digelar Mengkarung

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hina Islam: Kerajaan Wujud Talian, Emel Khas Untuk Aduan Kes - Menteri

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Cuaca Panas Dijangka Berterusan Sehingga Julai - Nik Nazmi

Semasa 14 jam yang lalu

Suspek Samun Pemain TFC Diburu Polis

oleh Wartawan Getaran