web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wanita B40 Tidak Mampu Beli Tuala Wanita

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 3:34PM

Siti Zailah Mohd Yusoff - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) memaklumkan, seramai 13.1 peratus remaja perempuan dan wanita daripada kumpulan B40 di sekitar ibu negara tidak mampu membeli tuala wanita.

Timbalan Menteri berkenaan Datuk Siti Zailah Mohd Yusoff berkata, kajian tersebut telah dilakukan di bawah KPWKM mendapati, golongan B40 tidak membeli tuala wanita berikutan harga yang mahal.

“Kajian tersebut turut mendapati sebanyak 16.4 peratus daripadanya pula menyatakan mereka mengalami kesulitan untuk membeli produk pengurusan haid itu.

“Kajian rintis ini dilaksanakan melibatkan remaja perempuan dan wanita berusia 13 hingga 24 tahun di 13 komuniti Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan dua institusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya dalam sesi soal jawab di Dewan Negara, hari ini.

Siti Zailah menjawab soalan Senator Datuk T. Mohan yang ingin tahu keadaan sebenar masalah kemiskinan haid di negara ini serta rancangan jangka panjang kerajaan dalam mengatasi masalah tersebut.

Mengulas lanjut, beliau berkata, kemiskinan haid merujuk kepada situasi apabila perempuan atau keluarga mereka tidak mampu memiliki tuala wanita disebabkan kekangan kewangan.

Justeru bagi mengatasi masalah tersebut, Siti Zailah memaklumkan, KPWKM mengadakan program kesedaran dan program pemberian kit kebersihan kepada 130,000 remaja selain program pekerti sebagai usaha mendidik remaja tentang pendidikan kesihatan.

“Program pengagihan (kit pengurusan haid) dilaksanakan ini melibatkan remaja berusia 13 hingga 17 tahun melalui sekolah-sekolah yang melibatkan 1,105 sekolah (di seluruh negara),” katanya.

Selain itu, beliau berkata KPWKM turut mengadakan program bagi membantu golongan remaja mengurus rutin kebersihan serta kesihatan fizikal dan mental terutama semasa pandemik COVID-19. - Getaran, 15 Disember 2021.

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 6 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar