web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tolak Lantikan Politik di Universiti Awam

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Dec 2021 8:22AM

MKM meminta kerajaan mengkaji semula kesan terhadap pelantikan individu yang mempunyai jawatan dalam parti sebagai lantikan politik di universiti awam. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keanggotaan Lembaga Pengurusan Universiti Awam perlu bebas daripada sebarang lantikan politik demi menjamin kewibawaan dan kredibiliti institusi pengajian tinggi (IPT).

Presiden Mahasiswa Keadilan (MKM), Syamil Luthfi Samsul Bahrin berkata, kerajaan perlu melaksanakan kajian semula terhadap kesan baik atau buruk pelantikan individu yang mempunyai jawatan dalam parti sebagai lantikan politik di universiti awam (UA).

Beliau menegaskan kewibawaan dan imej institut pengajian tinggi awam (IPTA) akan terjejas sekiranya lantikan politik tanpa merit terus dibenarkan.

“Kita dapat melihat bagaimana ahli Putera MIC, Danesh Raj Nagarajan dilantik ahli lembaga pengarah universiti (LPU) Universiti Malaya (UM) dan Ketua Penerangan Pemuda UMNO Pasir Gudang, Madyasir Ahmad Basir sebagai LPU di Universiti Malaysia Pahang (UMP). Lantikan itu tidak munasabah kerana kedua-dua mereka memegang jawatan dalam parti politik.

“Sekiranya menteri (Datuk Seri Dr Noraini Ahmad) cuba sifatkan penglibatan politik tak wajar berlaku dalam institut pengajian tinggi, apakah relevannya kedua-dua mereka itu dipilih,” tegasnya ketika ditemui Getaran di Lembah Pantai, di sini, baru-baru ini.

Syamil Luthfi Samsul Bahrin
Syamil Luthfi Samsul Bahrin

Syamil Luthfi berpandangan, lantikan politik di UA membuktikan seolah-olah Menteri Pengajian Tinggi bersetuju bahawa Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) tidak lagi relevan untuk dijadikan pemegang taruh kepada mahasiswa.

“Kita mengetahui AUKU pada masa kini tidak memberi autonomi kepada pelajar dan mahasiswa dalam bergiat aktif bagi sebarang apa juga organisasi di luar kampus.

“Justeru, MKM dan biro mahasiswa AMK bertegas untuk meminta Menteri Pengajian Tinggi mengambil cakna dan tegas untuk menyelesaikan sebaiknya isu tersebut,”katanya.

Liau Pin Chun
Liau Pin Chun

Sementara itu, Presiden University of Malaya Association of New Youth (UMANY), Liau Pin Chun meluahkan kekecewaan apabila terdapat mahasiswa didenda hanya kerana bersuara mengkritik pentadbiran universiti demi hak mahasiswa.

Beliau berkata, walaupun pemimpin negara acap kali menjelaskan universiti bukan tempat untuk berpolitik, namun mereka sering mencampuri urusan institut terbabit sehingga menyekat kebebasan mahasiswa.

“Amalan politik bagi jawatan-jawatan penting itu memang tertakluk di bawah Seksyen 4A, Seksyen 8 dan 18 AUKU, namun pelantikan berkenaan akan menguatkan pengaruh parti politik kerajaan di dalam universiti.

“Tindakan tersebut akan memberikan kuasa kepada kerajaan untuk mengenakan sekatan yang lebih kuat terhadap mahasiswa yang hanya bersuara menuntut hak mereka dan aktif dalam melakukan aktiviti berpersatuan,”katanya.

Pin Chun turut menggesa agar AUKU 1971 dimansuhkan kerana undang-undang berkenaan dilihat menghalang kebebasan belia 18 tahun untuk mengundi apabila dilaksanakan kelak.

“Pencerobohan AUKU ini menjadi punca ketidak adilan kepada mahasiswa secara umum kerana bertentangan aspirasi undi18 yang sepatutnya menggalakan mahasiswa bersuara. Oleh itu, UMANY menolak kenyataan Menteri Pengajian tinggi bahawa akta tersebut masih relevan pada masa ini.

“Kami menegaskan AUKU wajib digantikan dengan akta yang memulangkan kuasa, di samping melindungi hak-hak mahasiswa serta melakukan perubahan dan bukannya peralatkan birokrasi bagi melakukan kerja-kerja simbolik tanpa sebarang fungsi,”katanya. – Getaran, 15 Disember 2021.

Sorotan

1

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

2

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

3

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

4

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

5

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

6

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad