web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Video Buli, Apa Sebenarnya Yang Berlaku? – Maszlee Malik

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Dec 2021 2:42PM

Dr Maszlee Malik - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Insiden buli membabitkan seorang pelajar lelaki di sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) yang tular di media sosial sejak malam tadi turut mendapat perhatian bekas Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik.

Menerusi ciapannya itu, beliau meminta Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin agar memandang serius isu tersebut.

“Minta @RadziJidin dan @KemPendidikan lihat isu ini. Apakah yang sebenarnya berlaku?,” soalnya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan bahawa KPM telah bekerjasama dengan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) untuk kempen anti buli pada 2018 hingga 2019.

“Di tahun 2018-2019, KPM telah bekerjasama dengan @myUNICEF untuk kempen anti buli.

“Harap dapat disebar luaskan lagi,” katanya.

Kempen tersebut merupakan satu inisiatif untuk menangani isu buli di sekolah, dengan memberi penekanan kepada aspek kesejahteraan serta mengamalkan nilai positif dalam kalangan murid.

Penerapan nilai murni itu turut meliputi seluruh komuniti di sekolah untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan kondusif di bilik darjah, sekolah dan masyarakat.

Video berkenaan dipercayai membabitkan sekumpulan pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh di Perak, yang turut membangkitkan kemarahan pengguna media sosial.

Majoriti netizen mendesak pelaku dikenakan tindakan sewajarnya oleh pihak berkuasa demi memberi keadilan terhadap mangsa.

“Buli memang sejak sekian lama ditegah tapi penguatkuasaan kena sungguh-sungguhlah. Bicarakan dan hukum pelakunya. Berikan jaminan perlindungan kepada mangsa dan saluran bersuara,” kata Uda Shafiq.

“Skrip sama. Kalau ada yang meninggal lepas tu cakap bunuh tanpa niat. Aku punyalah geram,” kata Muhamad Mustaqim.

“Bukti dah nyata. Tak perlu siasatan. Laksanakan terus hukuman dan tindakan susulan. Selagi diberi masa baru nak bertindak, memberi peluang untuk pesalah mencari helah. Selagi itu tiada kesedaran dan akan berulang lagi. An eye for an eye. Immediate act with immediate effect,” kata SFDAdham.

Setakat ini, belum ada lagi sebarang kenyataan dikeluarkan oleh KPM berhubung isu berkenaan. - Getaran, 10 Disember 2021

Berita Berkaitan

1

Pendidikan 2 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

2

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Malaysia Sedia Bantu Pelajar Palestin, Bina Semula Kekuatan Bangsa - Zambry

3

Pendidikan 1 minggu yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

4

Pendidikan 1 bulan yang lalu

Lebih 12,000 Guru Bersara Setiap Tahun, Jurang Usia Antara Pendidik Cetus Kebimbangan 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 19 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar