web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Didesak Laksana Gaji Minima Baharu

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2021 7:59PM

MTUC mendesak kerajaan melaksanakan segera gaji minima bermula Januari ini, memandangkan gaji sedia ada tidak mampu menampung kehidupan pekerja. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan didesak segera melaksanakan gaji minima baharu bermula Januari tahun depan, dengan mengambil kira kos kenaikan harga barangan.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Kamarul Baharin Mansor berkata, kenaikan itu penting memandangkan gaji minima sedia ada tidak mampu menampung kehidupan pekerja.

Katanya, kerajaan wajib menyemak dan menaikkan kadar terbabit, selaras Akta Majlis Perundingan Gaji Negara yang memerlukan gaji minima disemak sekali bagi setiap dua tahun

“Gaji minima perlu diseragamkan di seluruh negara bagi memberi mesej jelas bahawa konsep Keluarga Malaysia adalah tunjang kepada dasar kerajaan.

“MTUC menuntut gaji minima sebanyak RM1,500 dengan elaun kos sara hidup (COLA) sebanyak RM300. Kadar ini sejajar dengan keputusan dibuat Majlis AM MTUC. Permintaan MTUC dengan kadar terbabit masih sama sejak tahun 2013,” katanya kepada Getaran.

Kamarul Baharin berkata, kenaikan gaji minima akan memperlihatkan keprihatinan kerajaan dalam menangani isu pekerja dan memartabatkan golongan itu.

Jelasnya, kenaikan gaji minimum akan memberi kesan kepada penyimpanan mereka dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), yang akan bertambah untuk kesejahteraan hari tua dan meningkatkan daya tahan kewangan selepas persaraan kelak.

Kerajaan, katanya, perlu komited dan mempunyai iltizam tinggi untuk menaikan kadar gaji minima, malah pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berhubung perkara itu adalah hadiah kepada pekerja sempena tahun baharu.

Selain itu, Kamarul Baharin berkata, MTUC akan menuntut kerajaan melakukan transformasi gaji negara pada masa depan untuk memberi keadilan kepada semua lapisan pekerja.

Ketika ini, katanya, golongan bawahan hanya menerima kenaikan dengan adanya gaji minima, manakala tiada peningkatan gaji untuk golongan pertengahan.

“Transformasi gaji negara akan membabitkan kenaikan tahunan, tangga gaji setiap jawatan pekerjaan, kelulusan akademik dan sebagainya.

“Gaji minima adalah satu daripada ciri gaji yang perlu dikemas kini,” katanya. - Getaran, 9 Disember 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 jam yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar