web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Seorang Lagi Kakitangan Hospital Didakwa, Terima Rasuah Uruskan Jenazah

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2021 2:15PM

Mohd Fariq Ariffin, 34, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas 6 pertuduhan menerima rasuah berhubung pengurusan jenazah April tahun lepas. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Selepas tiga rakan sekerjanya didakwa di Shah Alam semalam, seorang lagi kakitangan Hospital Kajang, Selangor didakwa di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas enam pertuduhan menerima rasuah berhubung pengurusan jenazah April tahun lepas.

Tertuduh Mohd Fariq Ariffin, 34, penolong pegawai perubatan, mengaku tidak bersalah sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim M. Bakri Abd Majid.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Fariq yang bertugas di Unit Forensik Hospital Kajang didakwa menerima rasuah sebanyak RM1,750 di CIMB Cawangan Bercham, Ipoh antara 28 April lepas hingga 5 Feb ini.

Dia didakwa melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum dibawah Seksyen 24 (1) akta sama yang boleh membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan didenda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah atau nilai suapan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 untuk kesemua pertuduhan dengan seorang penjamin di samping syarat tambahan untuk melaporkan diri setiap awal bulan di pejabat SPRM terdekat selain menyerahkan pasport kepada mahkamah.

Pendakwaan hari ini dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Fadhli Ab Wahab manakala tertuduh diwakili peguam Syahrul Nizam.

Mahkamah turut membenarkan kes ini dipindahkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam untuk disebut semula pada 10 Jan bersama tiga tertuduh lain.

Pada Rabu, tiga kakitangan Hospital Kajang didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan yang sama.

Media pada 8 Okt lepas melaporkan lima kakitangan jabatan forensik sebuah hospital di Selangor ditahan berhubung kes rasuah pengurusan jenazah dipercayai mengaut untung kira-kira RM22,000 dalam tempoh dua tahun sejak 2019.

Petugas kesihatan itu menerima habuan RM300 hingga RM400 bagi setiap jenazah daripada ejen mengikut jenis kematian. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 22 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad