Berita Terkini

3 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Peranan HRD Corp Lebih Mencabar, Perkenal Program Bantu Jana Pendapatan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2021 8:24AM

Ariff Farhan Doss - Gambar Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sebelum ini Dana Pembangunan Sumber Manusia (HRDF) hanya dikenali sebagai agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Bukan hanya diberi mandat mengumpul kutipan levi daripada majikan berdaftar, HRDF turut bertanggungjawab mengeluarkan geran latihan untuk program latihan serta peningkatan kemahiran pekerja. 

Namun selepas 28 tahun penubuhannya, HDRF yang dijenamakan semula sebagai Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia (HRD Corp) kini menggalas tanggungjawab lebih besar sebagai agensi pusat sehenti untuk semua program pembangunan modal insan.

Malah, tumpuan utama HRD Corp ketika ini adalah memastikan bantuan kerajaan sampai kepada golongan sasar iaitu komuniti kurang bernasib baik seperti ibu tunggal, orang kelainan upaya (OKU), Orang Asli dan juga bekas banduan.

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Ariff Farhan Doss berkata, penjenamaan semula HRD Corp baru-baru ini membolehkan kerajaan menyelaras strategi pembangunan kemahiran tenaga kerja dengan lebih baik selain menggalas tugas terbaharunya itu.

Program SCOPE yang dibangunkan sebelum ini memberi peluang kepada bekas banduan untuk mendapatkan pekerjaan. - Gambar fail
Program SCOPE yang dibangunkan sebelum ini memberi peluang kepada bekas banduan untuk mendapatkan pekerjaan. - Gambar fail

Menurut beliau, selain program ‘Second Chances and Opportunities for People to Excel (SCOPE)' khusus untuk bekas banduan, HRD Corp dengan kerjasama Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran (PTPK) kini turut terlibat dalam membangunkan portal JanaPreneur bagi membantu orang ramai menjana pendapatan.

Beliau berkata, portal tersebut yang akan dilancarkan pada Januari depan merupakan inisiatif perniagaan ke perniagaan atau B2B yang menghubungkan pembeli dan penjual serta membantu mempromosikan produk serta perkhidmatan.

Malah, katanya, portal itu juga menghubungkan penjual dengan platform e-Dagang seperti Shopee, Lazada dan Carousell untuk pasaran perniagaan kepada pengguna (B2C).

“Berbanding Shopee dan Lazada, JanaPreneur berbeza kerana ia bukan sahaja platform B2B, tetapi turut mempunyai keupayaan B2C apabila dihubungkan dengan Shopee dan Lazada.

“Produk yang anda lihat di JanaPreneur akan dapat dilihat di Lazada dan Shopee. Jadi ketika Lazada dan Shopee lebih menumpukan pasaran B2C, kami pula fokus terhadap B2B. kerana majikan (sedia ada) berpotensi menjadi pelanggan, berdaftar dengan kami," katanya dalam pertemuan eksklusif bersama Getaran baru-baru ini.

Ariff Farhan ditemubual oleh wartawan, baru-baru ini.
Ariff Farhan ditemubual oleh wartawan, baru-baru ini.

Ariff menarik perhatian, penjual akan mempunyai akses kepada mereka yang berdaftar dengan HRD Corp, iaitu majikan yang membayar levi. 

"Hubungan itu memudahkan kami untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan ini kepada majikan,” katanya.

Menurut Ariff, JanaPreneur bukan sekadar berperanan sebagai platform e-Dagang tetapi turut menyediakan sokongan modal sehingga RM50,000 kepada penjual.

“Jika penjual sudah mempunyai pesanan pembelian yang sah, kami akan membiayai pesanan pembelian itu supaya dia dapat menyediakan dan menjual. Sebaik sahaja pembeli membuat pembayaran, kami akan mengutip modal kami tanpa faedah supaya ia boleh diberikan kepada orang lain.

"Ini akan menjadi batu loncatan kepada sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini dan kami sedang mencubanya. Ia seolah-olah disambut baik kerana akses kepada modal tanpa faedah merupakan masalah utama. Ia tidak mudah tetapi sekiranya inisiatif ini berjaya, kami akan meningkatkan jumlah sokongan modal kepada penjual,” katanya.

Beliau turut menyifatkan penjenamaan semula HRDF tepat pada masanya kerana ramai beranggapan agensi itu sebelum ini, hanyalah sebuah agensi pembiayaan.

"Terdapat keperluan untuk menjenamakan semula HRDF sebagai badan korporat dan bukannya agensi pembiayaan, kerana kami dapat mengharungi cabaran yang terlibat dengan cara yang lebih profesional, tersusun dan berstruktur.

"Saya fikir penjenamaan semula ini langkah tepat selepas 28 tahun penubuhannya. Walaupun HRDF telah memberi banyak manfaat pada masa lalu, kami merasakan langkah ini memberi nafas baru, di mana kami akan diberi ruang untuk berinovasi dan tidak terhad dengan peranan masa lalu,” katanya.

Pada masa sama beliau berkata, HDR Corp perlu membawa identiti baharu disebabkan peranan baharunya dalam menyediakan program latihan kemahiran dan membantu rakyat di negara ini menjana pendapatan.

"Kami merasakan ada keperluan untuk menjenamakan semula diri kami kerana masyarakat melihat kami melaksanakan peranan tertentu.

“Penjenamaan semula ini dilakukan supaya mereka memahami bahawa kami sebenarnya melakukan lebih daripada apa yang pernah dilakukan sebelum ini,” katanya.

Bercerita mengenai sejarah awal penubuhan HRDF, Ariff menjelaskan, agensi itu bermula sebagai institusi yang mengutip levi dan menyalurkan geran latihan sebelum memikul tanggungjawab menyumbang kepada usaha peningkatan latihan kemahiran industri utama di negara ini terutama perusahaan kecil dan sederhana (IKS).

Tambahnya, levi yang dikenakan adalah berdasarkan formula yang mensyaratkan majikan membayar sehingga 1 peratus daripada jumlah gaji pekerja mereka.

“Setakat Mac lalu, HRD Corp meliputi tiga sektor iaitu pembuatan, perlombongan dan kuari serta sektor perkhidmatan melibatkan kira-kira 33,000 syarikat dan 2.5 juta pekerja.

“Namun berikutan penularan wabak COVID-19, akta HRDF diperluaskan tahun ini merangkumi hampir semua sektor, kecuali badan kerajaan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang melakukan aktiviti amal.

“Kami telah memberikan pengecualian tertentu, walaupun beberapa sektor yang baru dibawa masuk akan mula membayar (levi) pada Januari depan. Ini termasuk sektor kewangan dan perbankan, perkhidmatan profesional serta pembinaan,” katanya.

Susulan itu, beliau menganggarkan kira-kira 150,000 syarikat akan didaftarkan menjelang akhir tahun 2022 yang merangkumi enam juta pekerja di negara ini.

Mulai esok katanya, orang ramai boleh melihat sendiri pencapaian setiap kementerian pada program 100 Hari Aspirasi Keluarga Malaysia yang akan berlangsung selama empat hari di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC).

Menjelang hari penuh mendebarkan itu, Ariff berkata HRD Corp akan mempamerkan pencapaiannya berkaitan penyediaan latihan kemahiran bagi penempatan pekerjaan kepada bekas banduan menerusi program SCOPE yang dilancarkan pada 17 November lalu.

“Ada sembilan agensi di bawah KSM, jadi kami masing-masing menyumbang satu KPI. Bagi HRD Corp, KPI ada pada program SCOPE, jadi kami telah mencapai KPI dalam tempoh 100 hari.

“Kami berjaya melatih dan menempatkan seramai 1,000 bekas banduan, jadi ia akan dipamerkan pada program Aspirasi Keluarga Malaysia. Dan sudah tentu, menterinya (Datuk Seri M Saravanan), mencapai KPI beliau menerusi agensi lain.

“Jadi bagi HRD Corp, saya amat berbangga untuk mengumumkan bahawa menteri berdasarkan arahannya kepada kami telah mencapai KPI beliau menerusi kejayaan melatih 1,000 bekas banduan dalam tempoh tiga bulan. Ia bukan pencapaian mudah,” katanya.

Dalam perkembangan berasingan, beliau berkata, HRD Corp bersama KSM merancang untuk mengadakan Persidangan Antarabangsa Mengenai Sumber Manusia pada Mac depan.

Katanya lagi, persidangan bertemakan 'HR 5.0' yang melibatkan 15 menteri dari seluruh rantau Asia Pasifik itu akan membincangkan lima isu penting mengenai tenaga kerja.

“Persidangan itu turut memfokuskan teknologi kemanusiaan terutamanya selepas Revolusi Perindustrian 4.0 dan pelancaran teknologi 5G. Kami juga akan melihat cara untuk menangani jurang pendapatan, pengaturan kerja, mobiliti bakat dan keselamatan sosial.

"Dan kami berharap akan ada dokumen panduan dihasilkan daripada persidangan ini yang kemudiannya boleh digunakan kerajaan sebagai contoh, membangunkan dasar untuk tempoh lima tahun akan datang.

“Jadi ini adalah projek yang sangat penting kerana di rantau ini (Asia Pasifik), kami mempunyai pelbagai jenis persidangan melibatkan Menteri Ekonomi dan Menteri Kewangan yang hadir. Belum ada lagi Menteri Sumber Manusia yang menumpukan isu merentasi sempadan,” katanya. - Getaran, 9 Disember 2021

Sorotan

1

Selangor Tewaskan KDA FC 1-0, Bergema 'Siu' Di MBPJ

2

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Anggota Polis Dibawa Keluar Dari HSI

3

Gagal Jelaskan Hutang RM4.96 Juta, Jovian Apparel Disaman

4

Kelantan Gagal Sekat Sabah FC Bawa Pulang 3 Mata Dari Kota Bharu

5

Perbuatan 6 Bekas Penuntut UPNM Dera, Buli,  Melampau - Pendakwaan

6

Meta Diminta Beri Penjelasan Selepas Turunkan Posting 'Anwar-Hamas'

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kumpulan JI Terap Ideologi Secara Mendalam, Sukar ‘Cuci Bersih’ Fahaman

Semasa 1 hari yang lalu

Hembus Nafas Terakhir Di Masjid Ketika Selesai Baca Yassin

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 1 hari yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 7 Individu Termasuk Warga Singapura Direman  7 Hari 

Semasa 1 hari yang lalu

Kawalan Balai, Kawasan Profil Tinggi Termasuk Istana Dipertingkat – KPN