web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kes Rogol Amah: ADUN Tronoh Diperintah Bela Diri

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2021 11:19AM

Paul Yong hadir di Mahkamah Tinggi hari ini bagi mendengar keputusan pertuduhan yang dihadapinya iaitu merogol pembantu rumah warga Indonesia. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Mahkamah Tinggi di sini hari ini memerintahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong membela diri atas pertuduhan merogol pembantu rumah warga Indonesia, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Mahkamah menetapkan 15 dan 16 Februari depan untuk Yong, 51, membela diri.

Yong didakwa merogol pembantu rumah berusia 23 tahun itu di sebuah bilik di tingkat atas rumahnya di Meru Desa Park, antara 8.15 malam hingga 9.15 malam, pada 7 Julai 2019.

Pertuduhan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan. 

Hakim Abdul Wahab dalam penghakimannya berkata pihak pendakwaan berjaya membuktikan elemen-elemen utama iaitu kemasukan pada kemaluan, kejadian seks tanpa kerelaan selain keterangan saksi termasuk mangsa yang konsisten sepanjang perbicaraan walaupun diasak bertubi-tubi oleh pihak pembelaan.

“Berdasarkan pemerhatian dan pertimbangan saya sewaktu pendakwaan, sesi soal balas peguam, bukti-bukti barang kes, maka penilaian saya mendapati bahawa pendakwaan berjaya menunjukkan kes prima facie.

“Kenyataan saksi termasuk mangsa juga diambil kira iaitu mangsa cuba melawan, meronta, berteriak sewaktu kejadian tapi tidak didengari kerana bilik tertutup. Malah mangsa juga tidak boleh melawan kerana tertuduh berbadan besar dan wujudnya perlakuan seks tanpa kerelaan,” katanya.

Hakim Abdul Wahab sewaktu membacakan keputusan kira-kira 45 minit itu berkata beliau juga mengambil kira keterangan pakar bahawa wujudnya penetrasi sehingga menyebabkan koyakan baharu pada kemaluan mangsa.

Pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan Negeri Perak, Azlina Rasdi bersama Timbalan Pendakwa Raya, Liyana Zawani Mohd Radzi dan Mohd Fitri Sadarudin, manakala Yong diwakili peguam Datuk Rajpal Singh dan Salim Bashir.

Sementara itu Rajpal ketika ditemui di luar perkarangan mahkamah berkata pihaknya akan mengemukakan sekurang-kurangnya empat saksi semasa prosiding membela diri  dan anak guamnya akan memberikan keterangan secara bersumpah.

Pada 28 September 2021, pihak pendakwaan telah menutup kesnya selepas memanggil 23 saksi termasuk dua saksi terlindung, untuk memberi keterangan sepanjang perbicaraan kes itu yang bermula pada 5 April lepas.

Mahkamah menetapkan tarikh untuk keputusan selepas selesai mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada 16 November 2021. 

Kes itu sebelum ini disebut di Mahkamah Sesyen namun pada 15 Disember 2020, Mahkamah Persekutuan membenarkan permohonan pembelaan supaya ia dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Yong didakwa di Mahkamah Sesyen pada 23 Ogos 2019 ketika memegang jawatan Exco Perumahan, Kerajaan Tempatan, Pengangkutan Awam, Hal Ehwal Bukan Islam dan Kampung Baru Perak. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 29 minit yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad