web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Muhyiddin Tak Keluarkan Kenyataan, Laporan Media Kurang Tepat - Khairy

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Dec 2021 11:16AM

Khairy menafikan Muhyiddin pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan membelanjakan lebih RM2 bilion daripada RM3 bilion untuk membeli bekalan vaksin. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bukan tersalah cakap, sebaliknya bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak pernah mengeluarkan kenyataan bahawa kerajaan membelanjakan lebih RM2 bilion daripada RM3 bilion untuk membeli bekalan vaksin kepada 30 peratus rakyat Malaysia.

Mengesahkan perkara itu, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, pihaknya mendapati kenyataan tersebut tidak pernah dikeluarkan, berdasarkan transkrip ucapan Muhyiddin yang diterima.

Menurutnya, terdapat sekurang-kurangnya dua agensi berita yang melaporkan perkara itu secara tidak tepat.

“Kesilapan tersebut tidak pernah diperbetulkan dan boleh diakses sehingga ke hari ini,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan mengenai laporan berita bertarikh 1 Disember berhubung kenyataannya kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada Januari lalu berhubung perolehan vaksin COVID-19.

Muhyiddin Yassin
Muhyiddin Yassin

Khairy berkata, beliau memberitahu bahawa bekas Perdana Menteri itu telah tersilap cakap apabila mengatakan bahawa kerajaan membelanjakan lebih RM2 bilion daripada RM3 bilion, bagi perolehan vaksin COVID-19 untuk 30 peratus penduduk negara ini.

“Dalam sesi penerangan itu, Pengerusi PAC, Wong Kah Woh membangkitkan laporan media memetik kenyataan Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Perdana Menteri ketika itu berhubung peruntukan terbabit.

“Ia dilaporkan oleh Berita Harian (Malaysia) dan The Straits Times (Singapura),” katanya.

Susulan insiden, Khairy yang juga bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menegur pengamal media untuk lebih berhati-hati ketika menghasilkan laporan berita. – Getaran, 7 Disember 2021
 

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 31 minit yang lalu

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad