web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Selat Melaka Ditambak Lagi, Tambah Duka Nelayan Tempatan

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Dec 2021 6:23PM

Keadaan di Jeti Tanjung Kling, Melaka. - Gambar Azim Abd Rahman

oleh

Zaidi Azmi

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Selat Melaka bakal ditambak sekali lagi.

Kali ini projek penambakan laut itu membabitkan kawasan seluas 121.406 hektar, dan hampir 30 peratus daripadanya bertindih dengan kawasan perairan yang telah diwartakan sebagai warisan negara.

Menurut laporan Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA) yang dimuat naik di laman web Kementerian Alam Sekitar dan Air, projek tambakan itu adalah untuk menghasilkan tapak bagi pembangunan pada masa hadapan.

Buat masa ini, projek penambakan yang terletak sejauh 299 meter dari Pantai Kelebang dan kira-kira 500-meter dari Pulau Upeh itu tidak membabitkan pembinaan sebarang struktur binaan.

Laporan EIA, yang disediakan jururunding alam sekitar, ARDH Millenia Sdn Bhd, itu turut menegaskan bahawa pembangunan tersebut akan menjejaskan ekologi laut di situ.

“Ia akan meningkat kekeruhan air, menurunkan hasil tangkapan, mencetuskan pengurangan sumber makanan, mengakibatkan gangguan seperti peningkatan tahap kebisingan dalam laut dan kehilangan habitat serta mengubah kualiti air di kawasan terbabit,” jelas laporan itu.

Oleh kerana projek tersebut akan menjejaskan sumber pendapatan nelayan tempatan, pihak pemaju iaitu Konsortium Pembangunan Tanah Laut (Melaka) Sdn Bhd, telah membayar pampasan sebanyak RM1.5 juta kepada kerajaan negeri.

Meskipun begitu, projek terbabit masih berada dalam fasa ulasan dan maklum balas orang awam yang berlangsung sehingga 25 Disember ini.

Getaran difahamkan, bayaran pampasan kepada kerajaan negeri itu dibuat melalui Tabung Ekonomi Nelayan dan pemaju juga telah memberikan bayaran sagu hati berjumlah RM6.534 juta kepada nelayan.

Menurut laporan EIA itu lagi, jumlah pampasan terbabit disifatkan sebagai wajar memandangkan kerugian kos harian yang akan meningkat selepas tambakan dijalankan.

“Pihak pemaju telah menyerahkan tanggungjawab sepenuhnya kepada pihak kerajaan negeri untuk mentadbir urus pampasan yang telah dibayar. Pembangunan yang dicadangkan tidak akan melanggar mana-mana kawasan kepentingan arkeologi yang diketahui.

“Namun, jika terdapat sebarang penemuan samada secara sengaja atau tidak sengaja, pihak kontraktor wajib melaporkan perkara tersebut kepada pihak berwajib sebelum meneruskan kerja-kerja penambakan laut,” jelasnya. – Getaran, 6 Disember, 2021.

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar