web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jangan Terikut Sikap Malas Warga UK, Pakai Pelitup Muka Macam Di Malaysia

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2021 8:37PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia yang berkunjung ke United Kingdom (UK) disaran supaya memakai pelitup muka sepanjang berada di negara itu.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, mereka tidak seharusnya terikut-ikut sikap malas rakyat di negara itu berkaitan amalan pemakaian pelitup muka.

“Rakyat Malaysia yang pergi ke negara seperti UK tidak seharusnya mengikut sikap malas rakyat di negara itu terhadap pemakaian pelitup muka.

“Pakailah pelitup muka seperti ketika anda berada di Malaysia,” katanya menerusi satu ciapan di Twitter, hari ini.

Beliau mendapati keadaan tersebut banyak berlaku ketika ini dan memberi peringatan itu agar rakyat negara ini patuh memakai pelitup muka mengikut peraturan di Malaysia.

Ciapan tersebut mendapat lebih 5,000 ulang kicau dan hampir 3,000 tanda suka di kalangan warganet.

Sebelum ini, Khairy pernah menegur ahli politik yang dilihat bermesyuarat tanpa memakai pelitup muka.

Beliau turut memberi contoh kes di UK yang kini sedang berhadapan gelombang jangkitan baharu.

Ujar Khairy, ia berlaku kerana sikap keras kepala penduduk di sana yang enggan memakai pelitup muka.

Pada 19 Julai lalu, semua sekatan COVID-19 di UK telah dilonggarkan termasuk pemakaian pelitup muka iaitu perlindungan terakhir terhadap wabak ini yang tidak lagi diwajibkan.

Malah kes harian COVID-19 di negara itu terus mencatatkan  peningkatan mendadak kali pertama sejak Julai lalu.

Namun kerajaan negara itu sekali lagi menolak gesaan supaya ia kembali menguatkuasakan sekatan pergerakan. - Getaran, 4 Disember 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad