web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mesej Mencurigakan Di Facebook, Awasi Taktik Scammer

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2021 3:47PM

Mesej scammer yang dihantar menerusi aplikasi Messenger.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Segelintir pengguna Facebook mendakwa menerima pautan mencurigakan menerusi aplikasi Messenger masing-masing yang dikatakan dihantar rakan mereka sejak malam tadi.

Tinjauan Getaran mendapati, pautan itu dihantar bersama mesej dan emoji yang mencetuskan tanda tanya dengan meminta penerima membukanya, malah ada segelintir mengatakan mereka diminta menonton gambar atau video terkandung dalam pautan berkenaan.

Ada dalam kalangan pengguna itu terus menekan pautan diberikan walaupun bahasa dipaparkan bersama mesej diterima mencurigakan, kerana menganggap ia sememangnya dihantar rakan mereka.

Menyedari pautan diterima itu seolah-olah taktik digunakan scammer seperti yang pernah dilaporkan media sebelum ini, ada pengguna tidak membukanya, manakala segelintir membuat hantaran di Facebook masing-masing untuk memaklumkan serta bertanya mengenai perkara itu.

Beberapa pengguna pula meminta rakan mereka di laman sosial itu tidak membuka dan mengabaikan pautan serta mesej diterima kerana mereka tidak pernah menghantar maklumat berkenaan.

“Kawan-kawan FB ku semua, tolong abaikan messenger dari saya kerana bukan daripada saya. FB menghantar pautan kepada semua kontak dan rakan FB saya. Takut virus atau scammer. Tolong abaikan pautan dan hapuskan ya,” kata seorang pengguna media sosial.

Setakat ini tidak ada pengumuman atau penjelasan rasmi daripada Facebook mengenai isu heboh diperkatakan itu.

Namun, sebelum ini pihak media sosial dibangunkan Mark Zukerberg itu pernah memberikan peringatan kepada pengguna mereka supaya tidak membuka pautan mencurigakan daripada rakan menerusi Messenger.

Perkara tersebut dikhuatiri taktik terbaharu scammer yang menyasarkan pengguna menerusi rakan laman sosial terbabit dengan menghantar pautan secara peribadi mengandungi nama penerima berserta video bermesej dan emoji seperti terkejut. - Getaran, 4 Disember 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 18 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad