web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kanak-kanak 5 Tahun Maut, Didera Ibu Dan Kekasih

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2021 11:57AM

Gambar hiasan dari Unsplash

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun maut dipercayai menjadi mangsa dera di sebuah rumah di Nusa Bestari dekat Iskandar Puteri, semalam.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Dzulkhairi Mukhtar berkata polis menerima panggilan daripada petugas Hospital Sultanah Aminah (HSA) mengenai kejadian itu pada pukul 12.20 tengah hari.

''Pemeriksaan rekod lampau terhadap kedua-dua individu itu didapati, mereka mempunyai rekod jenayah lampau iaitu kesalahan di bawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan mendera kakak mangsa sebelum ini.''

Beliau berkata petugas HSA memaklumkan bahawa mangsa telah dihantar ke hospital oleh ibu kandungnya.

“Pemeriksaan yang dilakukan ke atas badan mangsa mendapati terdapat kecederaan di mulut, lebam di seluruh bahagian depan dan belakang badan kemungkinan akibat didera.

“Siasatan awal mendapati mangsa tinggal bersama ibu kandung dan bapa angkatnya yang merupakan kekasih ibunya serta seorang adik dan kakak mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan awal oleh pihak hospital terhadap mangsa mendapati mangsa telah meninggal dunia semasa dalam perjalanan ke hospital.

Katanya proses bedah siasat akan dijalankan pagi ini di HSA selepas keputusan ujian calitan COVID-19 mangsa diperolehi.

Dzulkhairi berkata bahagian forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor telah menjumpai getah paip di sinki dalam bilik air, batang kayu dan ‘poly pipe’ di atas sofa dan kesan darah di rumah berkenaan.

Susulan itu, pihak polis telah menahan ibu mangsa yang berusia 35 tahun di HSA dan kekasihnya berusia 32 tahun di Nusa Bestari bagi membantu siasatan, manakala adik dan kakak mangsa sedang menjalani pemeriksaan kesihatan di HSA.

Katanya pemeriksaan rekod lampau terhadap kedua-dua individu itu didapati, mereka mempunyai rekod jenayah lampau iaitu kesalahan di bawah seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan mendera kakak mangsa sebelum ini.

“Selain itu, mereka mempunyai empat rekod di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya. 

“Ujian saringan awal air kencing mendapati kedua-duanya negatif dadah, reman akan dimohon hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan serta Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 19 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar