web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


 31 Pelajar, 3 Pensyarah Kolej Matrikulasi NS Positif COVID-19

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Dec 2021 7:52AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SEREMBAN - Sebanyak 34 kes positif COVID-19 dikesan di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS), Kuala Pilah dekat sini membabitkan 31 pelajar dan tiga pensyarah.

Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah, Mohd Faizal Abdul Manap berkata, seramai 105 warga kolej yang merupakan kontak rapat telah diarahkan untuk menjalani kuarantin sementara menunggu keputusan ujian saringan COVID-19.

Katanya, kesemua yang positif telah dihantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) Tampin untuk tindakan lanjut, semalam.  

“Kita juga telah melaksanakan kawalan secara pentadbiran bermula Khamis bagi mengelakkan penularan wabak, manakala seramai 523 warga kolej yang telah disaring semalam, disahkan negatif," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam tadi.

Beliau berkata ketika ini segala pergerakan keluar masuk ke kolej berkenaan tidak dibenarkan dan tindakan kompaun akan dikenakan sekiranya terdapat mana-mana individu yang ingkar.

Ibu bapa pelajar turut dinasihatkan agar tidak panik dengan perkembangan tersebut, tambahnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S.Veerapan dalam kenyataan malam ini memaklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Secara Pentadbiran (TEMCO) dilaksanakan di kolej berkenaan bermula semalam hingga 8 Disember ini bagi mengawal jangkitan wabak itu.

Negeri Sembilan merekodkan sebanyak 219 kes baharu COVID-19 semalam menjadikan jumlah kumulatif kes kini 109,177 kes. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 21 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad