web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sebabkan Kematian Bayi: Pembantu Rumah Indonesia Dipenjara 2 Tahun

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Dec 2021 5:20PM

Welmince (tengah) terlepas hukuman gantung selepas Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini meminda pertuduhan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Seorang pembantu rumah warga Indonesia yang sebelum ini menghadapi pertuduhan membunuh bayinya yang baru dilahirkan, hari ini dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini atas kesalahan dengan cuai menyebabkan kematian anaknya itu.

Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menjatuhkan hukuman itu terhadap Welmince Alunat, 40, selepas wanita itu mengaku bersalah atas perbuatan tersebut.

Beliau membuat keputusan itu selepas meminda pertuduhan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK) yang memperuntukkan hukuman mati kepada Seksyen 304(A) yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya.

Hakim itu berkata setelah mengambil kira semua fakta, mahkamah mengemukakan pertuduhan pindaan di bawah Seksyen 304(A), selepas mendapati tertuduh tidak sewajarnya dituduh di bawah Seksyen 302.

Hakim Mohd Yazid dalam keputusan di akhir kes pendakwaan berkata wujud kegopohan dan kecuaian oleh tertuduh, sehingga menyebabkan kematian bayinya.

“Kalau tertuduh tidak meletakkan bayinya ke dalam baldi, bayi itu tidak akan mati. Tertuduh ada hubungan sulit dengan seorang lelaki warga Bangladesh dan kerana takut (terbongkar), maka kejadian itu dilakukan secara gopoh-gapah.

“Apa yang dia lakukan adalah kerana takut, memandangkan tertuduh masih mempunyai suami dan empat orang anak di Indonesia.

“Kenapa merampas hak bayi itu untuk hidup,” katanya.

Beliau memerintahkan tertuduh menjalani hukuman penjara dua tahun itu bermula pada 22 Ogos 2019 iaitu tarikh tertuduh ditangkap.

Tertuduh yang ditahan reman pada tarikh itu dibebaskan hari ini.

Wanita itu didakwa melakukan perbuatan tersebut di dalam bilik mencuci dan menjemur baju di rumah majikannya di Taman Cempaka, Ampang pada 7 pagi,  22 Ogos 2019.

Sebelum ini mahkamah mendengar keterangan saksi-saksi pendakwaan dan hari ini ditetapkan untuk keputusan di akhir kes pendakwaan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Wan Ariff Muzammil Wan Mohamed manakala tertuduh diwakili peguam S.Selvi, Lim Wei Qi dan Ho Zhi Qian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 tahun yang lalu

Reman Lelaki Disyaki Bunuh Isteri, Bayi Disambung Seminggu Lagi

2

Semasa 5 tahun yang lalu

Angkara Cuai, Kanak-Kanak 3 Tahun Mati Ditinggal Dalam Kereta

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 minit yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar