web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Siti Bainun Gagal Dapat Hak Jagaan 5 Anak Angkat

Semasa Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2021 9:04PM

Siti Bainun Ahd Razali - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Majistret di sini sekali lagi menolak permohonan pemilik Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali bagi mendapatkan hak penjagaan terhadap dua lagi angkatnya.

Peguam Nur Aminahtul Mardiah Md Nor yang mewakili Siti Bainun ketika dihubungi pemberita berkata pada prosiding semalam berkata, Majistret Norfarahain Roslan memerintahkan hak penjagaan bagi remaja perempuan berusia 14 tahun dan kanak-kanak lelaki empat tahun itu, diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Beliau berkata mahkamah memerintahkan mereka diserahkan kepada JKM bagi tempoh tiga tahun dan akan menyelidik semula perkara tersebut, selepas tamat tempoh berkenaan.

Berikutan keputusan itu Siti Bainun, 29, gagal mendapatkan hak penjagaan ke atas lima anak angkatnya kerana empat daripada mereka diserahkan kepada JKM dan seorang lagi dikembalikan kepada ibu kandung.

Sebelum ini, mahkamah sama menolak permohonan Siti Bainun untuk mendapatkan hak penjagaan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun dan seorang kanak-kanak perempuan warga Indonesia (tiga tahun) dan memerintahkan mereka diletakan di bawah jagaan JKM.

Wanita itu juga gagal mendapat hak penjagaan sama, selepas mahkamah itu memerintahkan seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun diserahkan kepada ibu kandungnya.

Pada 2 Ogos lepas, Siti Bainun dan empat ibu kandung memfailkan permohonan melalui notis secara bersama di Mahkamah Majistret di sini, perintah jagaan sementara terhadap lima kanak-kanak yang diberikan kepada beberapa rumah jagaan di bawah JKM pada 16 Julai lepas dibatalkan serta-merta, di bawah Seksyen 30 (13) (c) Akta Kanak-Kanak 2001.

Siti Bainun dan empat ibu kandung itu memfailkan permohonan tersebut dengan menamakan JKM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, sebagai responden. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 minit yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad